KUALA LUMPUR: Sarawak melaksanakan sekatan kemasukan pengembara dari India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan berkuat kuasa hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, ia bagi mencegah penularan varian baharu COVID-19.
"Bagi mencegah jangkitan Variant of Concern (VOC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), JPBN Sarawak telah memutuskan untuk menyekat kemasukan pengembara dari lima negara itu dalam tempoh 30 hari berkuat kuasa 26 Mei 2021," kata kenyataan itu.
Dalam perkembangan sama, Sarawak hari ini merekodkan 640 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 43,966 kes.
"Sejumlah 346 atau 54.06 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di daerah Kuching, Miri, Sibu dan Bukit Mabong," katanya.
Selain itu, dua kes kematian baharu akibat COVID-19 turut dicatatkan di negeri itu, menjadikan jumlah kematian akibat virus berkenaan meningkat kepada 263 individu.
"Kes kematian ke-262 adalah kes ke-37,166 melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 65 tahun yang telah dirujuk ke unit kecemasan Hospital Bintulu bagi menjalani pemeriksaan badan.
"Kes didapati mulai mengalami gejala kesukaran bernafas semasa menjalani rawatan dialisis. Swab bagi ujian saringan bergejala pada 13 Mei 2021 dengan rT-PCR disahkan positif COVID-19," jelas kenyataan sama.
Sementara itu, kes kematian kedua hari ini adalah merupakan kes kematian ke-263 adalah kes ke-43,664 melibatkan seorang wanita 71 tahun.
"Kes telah mendapatkan rawatan di Hospital Miri kerana mengalami sesak nafas. Kes didapati mulai mengalami gejala batuk, muntah, cirit-birit, lemah badan dan kesukaran bernafas sejak dua hari yang lalu.
"Swab bagi ujian saringan COVID-19 pada 25 Mei 2021 dengan rT-PCR disahkan positif," tambah kenyataan itu.
Nickyson Nyambar
Wed May 26 2021
JPBN Sarawak dalam satu kenyataan berkata,langkah sekatan itu bagi mencegah penularan varian baharu COVID-19. - Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi - Abang Johari
Abang Johari berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
LPA di bawah MoT selepas Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak
Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), yang kini diselia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) tidak lama lagi akan beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT).