awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengembara harus patuhi langkah pencegahan COVID-19 - AirAsia

Bernama
Bernama
14/08/2020
20:00 MYT
Pengembara harus patuhi langkah pencegahan COVID-19 - AirAsia
AirAsia berkata semua pengembara masuk dan keluar untuk urusan perniagaan penting dan perjalanan rasmi antara Malaysia dan Singapura melalui RGL diminta untuk memeriksa kelayakan mereka. - Gambar hiasan
AirAsia mengingatkan pengembara untuk mematuhi langkah pencegahan penularan COVID-19 dan langkah kesihatan awam yang dipersetujui bersama oleh Malaysia dan Singapura di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL), antaranya menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR), sebelum berlepas dan selepas ketibaan.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata RGL membolehkan penduduk Singapura dan Malaysia melakukan perjalanan rentas sempadan bagi tempoh jangka pendek untuk tujuan perniagaan penting dan urusan rasmi antara kedua-dua negara.
"Pengembara juga diminta menyerahkan kepada pihak yang berwajib mengenai negara yang dituju, jadual perjalanan yang telah diisytiharkan terlebih dahulu dan mematuhi jadual perjalanan tersebut pada sepanjang lawatan mereka.
"RGL itu hanya untuk perjalanan antara lapangan terbang di Singapura dan Malaysia yang mempunyai laluan penerbangan tanpa henti dan pusat pemeriksaan jalan darat melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands atau Tuas," katanya.
AirAsia berkata semua pengembara masuk dan keluar untuk urusan perniagaan penting dan perjalanan rasmi antara Malaysia dan Singapura melalui RGL diminta untuk memeriksa kelayakan mereka dan keperluan perjalanan terlebih dahulu.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#COVID-19
#Malaysia
#penerbangan
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan