awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengembara telah divaksin dan remaja bawah 17 tahun tidak perlu kuarantin - KJ

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
09/03/2022
07:32 MYT
Pengembara telah divaksin dan remaja bawah 17 tahun tidak perlu kuarantin - KJ
Khairy (kanan) mengadakan sidang media di Bangunan Parlimen hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.- Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengembara yang sudah menerima vaksin COVID-19 serta individu berusia 17 tahun ke bawah tidak perlu menjalani kuarantin susulan pelaksanaan fasa peralihan endemik mulai 1 April ini tanpa mengira status vaksinasi.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun golongan terbabit masih perlu menjalani ujian RTK antigen (RTK-Ag) sebaik tiba di Malaysia.
Namun jelasnya mereka yang belum lengkap vaksinasi atau tiada langsung vaksinasi, masih perlu menjalani kuarantin selama lima hari selain mematuhi syarat ditetapkan Malaysia sebaik menamatkan tempoh kuarantin itu.
"Individu belum lengkap vaksinasi itu mesti mengikut syarat ditetapkan kerajaan, contohnya tidak boleh 'dine-in' (makan) di restoran kerana tidak menerima vaksinasi lengkap.
"Bagi pengembara yang dikecualikan daripada menerima vaksinasi atas faktor kesihatan, individu terbabit perlu memuat naik bukti pengecualian diberikan pegawai perubatan ke dalam aplikasi MySejahtera," katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan fasa peralihan endemik negara mulai 1 April ini, dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diperluas di semua peringkat.
BACA: COVID-19: Malaysia memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April 2022 - PM
BACA: KKM akan terus pantau ancaman varian baharu ketika fasa peralihan endemik - Khairy
BACA: Masa tunggu dan lihat sudah tamat, bawa anak untuk PICKids - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) juga memperkenalkan dan melancarkan portal covidprotocol.gov.my mulai hari ini yang akan memuatkan protokol individu berkaitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#Khairy Jamaluddin
#KKM
#Malaysia
#MySejahtera
#Parlimen
#Perdana Menteri
#SOP
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan