awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengendali takaful perlu tawar produk sesuai untuk pekerja ekonomi gig - MTA

Bernama
Bernama
14/04/2023
22:55 MYT
Pengendali takaful perlu tawar produk sesuai untuk pekerja ekonomi gig - MTA
Shahrul Azuan (kanan) menyampaikan pek makanan kepada para penghantar makanan di Menara Takaful, Kuala Lumpur, 14 April 2023. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Takaful Malaysia (MTA) berharap pengendali takaful di Malaysia dapat menawarkan produk takaful yang berpatutan dan bersesuaian dengan keperluan risiko pekerja ekonomi gig.
Ketua Pegawai Eksekutif MTA Mohd Radzuan Mohamed berkata mereka yang bekerja dalam ekonomi gig mempunyai skop tugas yang terdedah kepada bahaya dan risiko seperti kemalangan dan kehilangan harta benda.
"Pekerja ekonomi gig terdiri daripada mereka yang bekerja dalam industri penghantaran seperti foodpanda, Grab Food, Lalamove dan Shopee Food.
"Mereka sentiasa berdepan dengan risiko dan juga dilihat sebagai golongan yang terkesan dengan kemalangan serta tidak berupaya untuk membiayai kehidupan keluarga mereka apabila kehilangan sumber pendapatan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian pada majlis menyantuni pekerja ekonomi gig yang dilaksanakan dengan kerjasama Etiqa Takaful Bhd dan diadakan di Akademi Etiqa Jalan Melaka di sini.
Pada majlis itu, kira-kira 400 pekerja ekonomi gig hadir untuk pengagihan pek makanan dan ia merupakan program untuk berkongsi rezeki kepada golongan yang bekerja pada waktu puncak pada bulan Ramadan.
Program itu juga bersempena dengan Siri Barokah Ramadan MTA dan merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) industri takaful.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Takaful Bhd, Shahrul Azuan Mohamed serta wakil rakan strategik syarikat penghantaran makanan dan barangan yang terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MTA
#ekonomi gig
#takaful
#risiko pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan