awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi bank bergelar Tan Sri ditahan reman tujuh hari

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2016
03:55 MYT
Pengerusi bank bergelar Tan Sri ditahan reman tujuh hari
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman mengeluarkan perintah reman ke atas lelaki berusia 65 tahun itu berkuat kuasa pagi ini sehingga 5 September. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Pengerusi sebuah bank bergelar Tan Sri ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana bernilai RM15 juta membabitkan projek penerbitan buku biografi tokoh politik negara.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman mengeluarkan perintah reman ke atas lelaki berusia 65 tahun itu di Mahkamah Majistret di sini berkuat kuasa hari ini sehingga 5 September.
Tan Sri berkenaan ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada pukul 1.15 tengah hari semalam ketika tampil memberi keterangan.
BACA: Kes tiga pegawai kanan kerajaan: SPRM siapkan kertas siasatan
BACA: SPRM tahan pengerusi syarikat bank bergelar Tan Sri
Tan Sri berkenaan adalah orang ketiga daripada bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama.
Tan Sri berkenaan (tiga dari kiri) adalah orang ketiga daripada bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Susulan penahanan itu, akaun peribadinya dan keluarganya yang berjumlah hampir RM1 juta dibekukan SPRM.
Tan Sri berkenaan adalah orang ketiga daripada bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama.
Sementara itu, empat lelaki termasuk pengarah urusan bank yang sama bergelar Datuk, bekas pengarah perolehan bank dan dua pemilik syarikat penerbitan yang tamat tempoh reman hari ini dibebaskan SPRM setelah siasatan selesai.
Setakat ini, tujuh individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes itu dan empat daripada mereka dibebaskan hari ini.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman
#Pengerusi bank
#Rasuah
#salah guna kuasa
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Tan Sri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan