awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi Bersih Maria Chin dibebaskan dari tahanan SOSMA

Hakim Rahman
Hakim Rahman
28/11/2016
10:04 MYT
Pengerusi Bersih Maria Chin dibebaskan dari tahanan SOSMA
Maria, 60, ditahan di bawah SOSMA sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.0 di sini pada Sabtu lalu. - Foto Twitter - Ambiga_S
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdulah dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) selepas ditahan selama 11 hari.
Sumber polis ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan perkara itu.
"Maria dibebas kira-kira jam 4.45 petang Isnin," katanya.
Sementara itu, perkara ini turut mendapat pengesahan peguamnya Datuk Ambiga Sreenevasan yang turut bersama activis itu ketika beliau dibebaskan.
"Maria telah dibebaskan. Syukur! Beliau bersama saya dan dalam keadaan sihat," katanya di Twitter.
Ambiga turut memuat naik beberapa keping gambar Maria di rumahnya.
And she is out!!!! Free!!! pic.twitter.com/b45VYBZJXR
— Ambiga Sreenevasan (@Ambiga_S) November 28, 2016
pic.twitter.com/MGMDFto7kD
— Ambiga Sreenevasan (@Ambiga_S) November 28, 2016
And Maria is home in the arms of her family! pic.twitter.com/78ZPNDab93
— Ambiga Sreenevasan (@Ambiga_S) November 28, 2016
And the struggle goes on!! pic.twitter.com/3s3jxoPMq2
— Ambiga Sreenevasan (@Ambiga_S) November 28, 2016
Maria, 60, ditahan di bawah SOSMA sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.0 di sini pada Sabtu lalu.
Penahanan dibuat selepas pihak polis menyerbu pejabat Bersih di Petaling Jaya dan menemui dokumen yang memberikan petunjuk ia boleh menggugat Demokrasi Parlimen.
Pada 22 Nov, Maria memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi di sini antara lain memohon perintah agar beliau dibebaskan serta-merta daripada tahanan SOSMA dan mahkamah akan mendengar permohonannya itu pada 29 Nov ini.
Topic Berkaitan
#Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
#Bersih
#Maria Chin
#SOSMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan