awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi IKIM dipilih Ahli Kehormat Kesatuan Ulama Islam Sedunia

Bernama
Bernama
15/07/2024
14:58 MYT
Pengerusi IKIM dipilih Ahli Kehormat Kesatuan Ulama Islam Sedunia
Pemilihan Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty itu diumumkan Presiden IUMS Sheikh Ali Al-Qaradaghi dalam acara Global MADANI Forum anjuran IKIM pada Khamis lepas. - Facebook
KUALA LUMPUR: Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dipilih sebagai Ahli Kehormat Kesatuan Ulama Muslim Sedunia (IUMS) berkuat kuasa hari ini.
Ketua Pengarah IKIM Prof Madya Datuk Dr Mohamad Azam Mohamed Adil berkata pemilihan itu diumumkan Presiden IUMS Sheikh Ali Al-Qaradaghi dalam acara Global MADANI Forum anjuran IKIM pada Khamis lepas.
Pemilihan Muhammad Nur katanya berdasarkan sumbangan besar beliau dalam bidang pemikiran Islam semasa selain pembabitannya dalam lapangan dakwah tempatan dan antarabangsa.
"Beliau juga merupakan tokoh ilmuan yang disegani berdasarkan pengalaman luas dalam bidang pendidikan, pemikiran, falsafah, perbandingan agama dan pengurusan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Azam berharap pengiktirafan itu dapat memantapkan kerjasama IKIM dan Malaysia dengan rangkaian ulama seluruh dunia dalam usaha membina Islam manhaj sederhana demi membina tamadun khayra ummah.
Muhammad Nur juga adalah tokoh kedua diiktiraf sebagai Ahli Kehormat IUMS selepas Sheikh Raed Salah Abu Shakra dari Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengerusi ikim
#Muhammad Nur Manuty
#Ahli Kehormat
#Kesatuan Ulama Muslim Sedunia
#IUMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan