Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Datuk Zahidi Zainul Abidin menyarankan agensi-agensi kerajaan supaya tidak mengamalkan birokrasi ketat yang dikhuatiri boleh menjurus kepada berlakunya perbuatan rasuah.
Beliau berkata prosedur permohonan dan kelulusan projek yang ketat, misalnya, menyebabkan sesetengah syarikat 'terdesak' sehingga mendorong mereka untuk mengamalkan rasuah sebagai jalan pintas.
"Ini secara tidak langsung menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan kerana ia (kerajaan) dilihat melaksanakan birokrasi yang tampaknya menyusahkan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Risda di ibu pejabat Risda di sini, hari ini.
Zahidi berkata Risda turut kerugian hampir RM5 juta setiap bulan berikutan amalan birokrasi yang ketat.
"Permohonan Risda mendapatkan pekerja asing bagi mengusahakan ladang kelapa sawit ditolak dan kami kerugian sebab tidak dapat memungut buah.
"Jika Risda sebagai agensi kerajaan tidak dapat kelulusan, bagaimana dengan agensi swasta. Kerajaan akan rugi berbilion hasil birokrasi ketat dan ini akan menggalakkan aktiviti rasuah," katanya.
Zahidi berharap agensi-agensi kerajaan lebih bertimbang rasa dalam melaksanakan peraturan urusan mereka selain memudahkan sistem pengurusannya bagi kepentingan semua pihak.
Pada program sama, Risda, Yayasan Risda, Risda Catering and Event Sdn Bhd dan Narsco Berhad menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) bersama-sama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menzahirkan komitmen membanteras rasuah.
SPRM diwakili Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Datuk Mohamad Yusoff Akope manakala Risda diwakili Ketua Pengarahnya Mohd Najib A. Samad.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2017
Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin menyarankan agensi-agensi kerajaan supaya tidak mengamalkan birokrasi ketat. - Gambar fail
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pengerusi Risda syor birokrasi 'longgar' elak rasuah
Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin menyarankan agensi-agensi kerajaan supaya tidak mengamalkan birokrasi ketat yang dikhuatiri boleh menjurus kepada berlakunya perbuatan rasuah.
Penglibatan institusi kewangan dalam ikrar integriti korporat masih kurang - SPRM
Hanya 0.1 peratus daripada institusi itu yang melakukan insiatif pencegahan rasuah oleh suruhanjaya berkenaan.
Pemegang lesen perdagangan KPDNKK perlu tandatangani ikrar integriti
Semua pemegang lesen perdagangan di bawah KPDNKK perlu menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) bagi memastikan perkhidmatan ditawarkan bebas elemen tidak sihat.