awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggera kecemasan berbunyi, cetus panik di HSA

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
26/10/2016
06:35 MYT
Penggera kecemasan berbunyi, cetus panik di HSA
Saksi mendakwa berlaku kebakaran di Dewan Bedah 5, Bangunan Utama HSA sekaligus terlihat kepulan asap di Tingkat 1 bangunan itu. - Gambar Twitter Asyraf Hasnan
Suasana panik sekali lagi tercetus di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini apabila penggera kecemasan berbunyi kira-kira pukul 1.40 petang tadi.
Menurut beberapa saksi, mereka mendakwa berlaku kebakaran di Dewan Bedah 5, Bangunan Utama HSA sekaligus terlihat kepulan asap di Tingkat 1 bangunan itu.
Satu jentera bomba bersama kira-kira lapan anggota Jabatan Bomba & Penyelamat Balai Johor Bahru tiba kira-kira 1.50 petang.
Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian, pihak polis memaklumkan tiada kebakaran kedua berlaku hari ini susulan kebakaran yang mengorbankan enam nyawa semalam.
Anggota ATM turut terlibat dalam operasi pembersihan di beberapa wad pasca kebakaran semalam di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. - Gambar Twitter Asyraf Hasnan
ACP Sulaiman Salleh bercakap kepada media selepas keadaan panik susulan penggera kecemasan berbunyi. - Gambar Twitter Asyraf Hasnan
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh mengesahkan kepada pihak media, berlaku percikan api akibat kerja-kerja pembersihan susulan tragedi pagi Selasa itu.
"Mungkin air dari kawasan pembersihan terkena saluran elektrik. Tiada mangsa yang cedera, tiada yang terkorban dan tiada letupan.
"Hanya percikan api," katanya pada satu sidang media kira-kira jam 2.40 petang ini sambil menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu.
Sulaiman berkata, bangunan utama HSA ketika ini dikosongkan buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.
Semua saluran elektrik di bangunan itu turut dimatikan.
Pesakit dibawa keluar dan dikumpulkan di tempat parkir di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas berlaku kebakaran hari ini. - fotoBERNAMA
Pesakit dibawa keluar dan dikumpulkan di tempat parkir di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas berlaku kebakaran hari ini. - fotoBERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Hospital Sultanah Aminah
#penggera kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan