PUTRAJAYA: Penggiat industri pelancongan dan kebudayaan disaran supaya melakukan persediaan awal bagi menerima kemasukan pelancong dari luar negara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Menerusi satu kenyataan hari ini berhubung pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April ini, Nancy berkata pihak terbabit perlu terus mempergiat promosi serta lebih kreatif dalam memasarkan produk dan lokasi pelancongan Malaysia di mata dunia.
"Keputusan pembukaan sempadan negara kepada pelancong luar ini berupaya merancakkan kembali pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19, terutama yang melibatkan keseluruhan rantaian pemain industri pelancongan, seni dan budaya di negara ini.
"MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) kekal optimis industri ini akan kembali bangkit dan berupaya menjadikan Malaysia kembali popular dalam kalangan pelancong antarabangsa," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Malaysia akan memasuki Fasa 'Peralihan Ke Endemik' serta pembukaan semula sempadan negara mulai bulan depan.
Menyifatkan pengumuman itu sebagai berita gembira buat penggiat industri pelancongan, Nancy berkata ia memberi peluang untuk menjana semula sektor pelancongan antarabangsa setelah dua tahun dilanda pandemik.
Beliau berkata pihaknya sentiasa memberikan kerjasama dan menyokong usaha semua agensi kerajaan yang terlibat bagi menjayakan pembukaan semula sempadan negara kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
NANCY: Keputusan pembukaan sempadan negara kepada pelancong luar ini berupaya merancakkan kembali pemulihan ekonomi negara pascaCOVID-19. - Gambar fail
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu.
Niaga AWANI: Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Niaga AWANI: FBM KLCI mencapai paras tertinggi walaupun ditengah cabaran Ringgit
Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat sebanyak 8.28% walaupun nilai matawang menurun sebanyak 3.79% berbanding dollar Amerika Syarikat (AS). Adakah trend ini akan berterusan sehingga bulan Mei akan datang? Kupasan lanjut bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Niaga AWANI: Ringgit dijangka sekitar 4.77 berbanding dolar AS minggu ini
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ini bagaimanapun bergantung kepada reaksi pasaran bon global memandangkan ramai peniaga memberi tumpuan terhadap pelarasan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Niaga AWANI: Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata beliau meramalkan paras sokongan segera pada 1,555, diikuti dengan 1,545.
Niaga AWANI: Cabaran jurang negara kaya dan membangun
Editor Astro AWANI, Najib Aroff menemu bual Mirek Dusek yang merupakan Pengarah Urusan, World Economic Forum (WEF) berkait fokus serta tumpuan Mesyuarat Khas WEF serta jurang negara kaya dan membangun.
AWANI Pagi: Sokongan & peluang pekerjaan untuk komuniti Autistik
Sempena sambutan Bulan Autisme Sedunia pada April, ikuti diskusi bersama Beatrice Leong, Autistik, Aktivis dan Pengasas Persatuan Kesejahteraan Autisme mengenai ekosistem sokongan untuk pekerjaan individu autistik di Malaysia.
Letupan bom Sungai Golok: Penduduk Rantau Panjang turut rasai gegaran
Selain letupan seorang saksi mendakwa turut mendengar insiden berbalas tembakan di kawasan berkenaan.
Karnival Malaysia di New Delhi tarik 2,000 pengunjung
Pengunjung diraikan dengan persembahan kebudayaan, makanan, demonstrasi masakan, mencanting batik dan peluang merasai buah-buahan tropika Malaysia.
Landskap pelancongan Labuan alami peremajaan untuk tingkat daya tarikan
Sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk mengukuhkannya.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
PERDA usaha rancakkan sektor pelancongan menerusi 'Visit My Kampung'
Para pelancong akan berpeluang merasai sendiri suasana kampung serta melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Malaysia di landasan tepat raih pertumbuhan ekonomi - Stanchart
Eksport meningkat 3.9 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama 2024 - pulih daripada penguncupan 6.9 peratus dalam suku keempat 2023.
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.
Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand
Festival itu bermula dengan paparan budaya dan warisan Thailand yang meriah dengan perarakan sejauh satu kilometer.