awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggiat seni dipelawa buat penggambaran di Perak

Aida Aziz
Aida Aziz
16/08/2022
03:00 MYT
Penggiat seni dipelawa buat penggambaran di Perak
Pasir Salak - King of The River yang pernah menjadi cetusan ilham Allahyarham Jins tergendala pembikinannya sejak 1993 lagi. - Foto ihsan Siti Norlizawati Narawi
PASIR SALAK: Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan pihak produksi filem atau drama menjalani penggambaran di lokasi yang bersesuaian di Perak, sekali gus memberi impak promosi kepada sektor pelancongan setempat.
Setelah kejayaan luar biasa filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof sebelum ini, boleh dilihat Perak turut menerima tempiasnya disebabkan salah satu lokasi penggambarannya di Padang Koba, Teluk Bakong.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, jika benar filem Pasir Salak-King of The River diteruskan penggambarannya, ia sudah tentu menjadi satu lagi berita baik untuk sektor pelancongan di negeri ini.
BACA: Syamsul Yusof diharap teruskan projek filem Pasir Salak ilham Jins Shamsuddin
"Memang kita alu-alukan, itu sudah tentu. Boleh sangat (jalani penggambaran di Perak). Sebelum ini pun filem Mat Kilau ada buat di sini (Padang Koba), sampai popular kawasan itu.
"Sebenarnya kita mengalu-alukan lokasi di Perak dijadikan sebagai tempat penggambaran filem atau drama.
"Kalau kita lihat contoh di Bollywood atau Hollywood, selalunya mana-mana tempat yang dijadikan lokasi penggambaran dan kalau filem itu 'box office', memang mereka akan pelawa pengunjung untuk melihat lokasi itu.
"Dengan itu ia mampu mempromosi kawasan menarik di negeri ini, orang ramai boleh tahu sejarah dan warisan yang ada di sini," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media baru-baru ini bahawa Syamsul sudah berbincang dengan anak Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin yang berminat untuk meneruskan semula projek filem arwah bapanya, Pasir Salak-King of The River yang sudah lama tergendala.
Jika penggambaran itu dilakukan di sini, secara tidak langsung katanya akan memberi nilai tambah dari segi pelancongan warisan dan sejarah di Pasir Salak khususnya dan Perak amnya.
Dalam pada itu, Nolee Ashilin berkata sebelum ini kerajaan negeri turut membantu bagi menjayakan filem yang penggambarannya dilakukan di Perak.
"Selalunya bila mereka datang (untuk penggambaran) memang ada mohon bantuan dari pihak kerajaan negeri. Kami ada juga bagi sedikit sumbangan dan insentif apabila mereka melakukan projek perfileman.
"Tidaklah begitu banyak (sumbangan), tetapi ada kita taja makanan, minuman dan tempat penginapan. Semuanya berdasarkan permohonan dan mengikut kesesuaian," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Pasir Salak
#produksi filem
#drama
#Mat Kilau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan