awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna boleh bawa kes ke mahkamah, selain TTPM - Rosol

Bernama
Bernama
31/03/2021
23:34 MYT
Pengguna boleh bawa kes ke mahkamah, selain TTPM - Rosol
Rosol menyangkal dakwaan kononnya aplikasi Price Catcher yang dibangunkan KPDNHEP gagal mencapai objektifnya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Selain Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), pengguna boleh membawa kes mereka ke mahkamah sivil bagi tuntutan tebus rugi berhubung pembelian barang dan perkhidmatan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata TTPM berfungsi sebagai platform alternatif kepada mahkamah sivil.
Beliau berkata pengguna yang menang tetapi syarikat yang diperintahkan membayar award gagal berbuat demikian seperti yang diarahkan oleh TTPM, boleh membawa kes itu ke mahkamah sivil.
"Tugas TTPM hanya untuk pastikan pengguna terbela," katanya pada diskusi bertajuk 'Pesta Naikkan Harga Menjelang Ramadan' yang dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di laman Facebooknya secara langsung, malam tadi yang turut disertai oleh Ketua Aktivitis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Dalam perkembangan lain, Rosol turut menyangkal dakwaan kononnya aplikasi mudah alih, "Price Catcher" yang dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) gagal mencapai objektifnya.
Beliau yang mengakui walaupun terdapat kelemahan dari segi promosi membabitkan aplikasi itu, namun berkata setakat ini seramai 1,000 pengguna telah memuat turun aplikasi yang memaparkan perbandingan harga lebih 400 barangan keperluan pengguna itu.
"Bukan gagal, cuma kurang promosi. Pengguna sebenarnya boleh bandingkan harga dan menjimatkan masa untuk membuat perbandingan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TTPM
#tribunal
#pengguna
#mahkamah sivil
#tuntutan
#tebus rugi
#pembelian
#Barang dan Perkhidmatan
#Rosol Wahid
#platform alternatif
#syarikat
#award
#Aplikasi mudah alih
#Price Catcher
#KPDNHEP
#kelemahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan