awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna dinasihat bersabar tunggu bekalan elektrik disambung semula - TNB

Bernama
Bernama
12/01/2021
11:14 MYT
Pengguna dinasihat bersabar tunggu bekalan elektrik disambung semula - TNB
Bekalan hanya dapat disambung semula setelah pepasangan TNB, termasuk pencawang elektrik dan meter, di premis pengguna telah kering dan dipastikan selamat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati pengguna yang terjejas akibat bencana banjir agar bersabar jika bekalan elektrik di premis mereka belum disambung semula selepas kembali ke premis masing-masing.
Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Datuk Baharin Din berkata bekalan hanya dapat disambung semula setelah pepasangan (sistem yang terdiri daripada perkakas atau alat-alat yang telah dipasang) TNB, termasuk pencawang elektrik dan meter, di premis pengguna telah kering dan dipastikan selamat.
"Ada keadaan di mana air banjir telah surut di premis pengguna namun pencawang elektrik di kawasan itu masih ditenggelami air dan masih dihenti tugas. Keadaan ini tidak membenarkan TNB untuk menyambung semula bekalan ke kawasan tersebut.
"Faktor keselamatan awam sentiasa menjadi pertimbangan utama dalam usaha pemulihan bekalan dan bagi premis pengguna yang ditenggelami air, meter elektrik perlu dipastikan kering sebelum bekalan dapat disambung kerana ia boleh membahayakan pengguna," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Baharin berkata selepas banjir surut, pengguna disaran memeriksa pendawaian di premis mereka yang mungkin terjejas akibat ditenggelami air dengan mendapatkan khidmat kontraktor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
Beliau memaklumkan fius atau pemutus litar perlu dibersihkan daripada kekotoran dan diganti jika perlu manakala soket alir keluar yang telah ditenggelami air perlu berada dalam keadaan kering serta bersih agar selamat digunakan.
"Sekiranya pengguna ternampak kejanggalan atau mempunyai keraguan berkaitan pepasangan TNB yang terkesan akibat banjir, sila hubungi TNB CareLine 15454 atau Facebook TNB Careline bagi tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#TNB
#bekalan elektrik
#pengguna
#bersabar
#rumah dinaiki air
#disambung semula
#Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB
#Baharin Din
#banjir surut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan