awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna lebuh raya boleh singgah jamu selera di R&R, hentian sebelah tertentu hari ini

Bernama
Bernama
16/09/2021
11:44 MYT
Pengguna lebuh raya boleh singgah jamu selera di R&R, hentian sebelah tertentu hari ini
Semua pengguna lebuh raya yang telah melengkapkan suntikan vaksin kini boleh singgah untuk makan di premis perniagaan di tujuh pusat Rehat dan Rawat (R&R) serta hentian sebelah tertentu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua pengguna lebuh raya yang telah melengkapkan suntikan vaksin kini boleh singgah untuk makan di premis perniagaan di tujuh pusat Rehat dan Rawat (R&R) serta hentian sebelah tertentu, susulan beberapa negeri kini telah beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.
Ketua Pegawai Komersial PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Christine Liew berkata lokasi yang mula dibuka hari ini adalah Restoran Jejantas Sungai Buloh, Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Selatan), Mambau (Arah Timur dan Arah Barat); manakala Hentian Sebelah Sungai Buloh (Arah Selatan) pula mula dibuka esok, dan Dengkil (Arah Utara serta Arah Selatan) mula beroperasi pada Sabtu.
"Dengan semangat 'Kita Jaga Kita', kami merayu pelanggan kami yang divaksin sepenuhnya agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan MKN, dengan menunjukkan status vaksinasi MySejahtera COVID-19 masing-masing untuk verifikasi semasa memesan makanan di premis yang dikendalikan oleh rakan niaga kami," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Pelanggan yang menerima vaksin sepenuhnya akan diberikan pelekat hijau daripada rakan niaga kami, bagi membenarkan mereka menikmati kemudahan menjamu selera di medan selera yang disediakan," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengguna lebuh raya
#vaksin lengkap
#Rehat dan Rawat
#R&R
#PLUS
#PPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan