awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna THiJARI cecah lebih 1 juta

Bernama
Bernama
03/11/2021
04:57 MYT
Pengguna THiJARI cecah lebih 1 juta
Setakat ini, THiJARI merekodkan purata 50,000 transaksi sehari dan 1.5 juta transaksi sebulan.
KUALA LUMPUR: Kemudahan digital Platform THiJARI telah menarik lebih satu juta pengguna sejak pelancarannya pada Februari tahun lepas, menurut Lembaga Tabung Haji (TH).
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata pendeposit ternyata cenderung dengan penggunaan teknologi dan kemudahan digital yang disediakan.
"THiJARI adalah inisiatif dan komitmen TH untuk memudahkan lebih lapan juta pendepositnya untuk melakukan transaksi secara dalam talian dengan selamat tanpa perlu hadir ke pejabat cawangan.
"Setakat ini, THiJARI telah merekodkan purata 50 ribu transaksi sehari dan sebanyak 1.5 juta transaksi sebulan, melibatkan nilai deposit lebih daripada RM200 juta melalui dalam talian," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, jumlah transaksi melalui THiJARI juga telah melonjak tiga kali ganda dalam masa setahun yang lepas.
"Ini menggambarkan permintaan yang tinggi daripada pengguna dan pendeposit yang semakin selesa dengan perkhidmatan digital yang ditawar oleh TH," tambah beliau.
TH berharap lebih ramai akan mendaftar sebagai pengguna THiJARI kerana ianya selamat, lebih mudah serta menjimatkan masa dan kewangan.
Para pendeposit boleh melaksanakan transaksi secara dalam talian seperti urusan pertanyaan baki, cetak penyata, simpanan melalui pindahan, semak status haji, pendaftaran haji dan rayuan haji di mana sahaja mereka berada termasuk di luar negara.
Pendaftaran adalah mudah dengan pendeposit hanya perlu melakukan tiga langkah sahaja untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI, www.thijari.com.my.
Seterusnya, aplikasi THiJARI boleh dimuat turun terus daripada Google Play atau App Store secara percuma ke telefon pintar atau tablet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#THiJARI
#Lembaga Tabung Haji
#Amrin Awaluddin
#transaksi dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan