awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih
Ketua PBB sifatkan gencatan senjata Kemboja-Thailand langkah positif ke arah keamanan berkekalan
Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggunaan AstraZeneca: Kerajaan akan putuskan dua minggu lagi - Khairy

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
09/04/2021
09:09 MYT
Penggunaan AstraZeneca: Kerajaan akan putuskan dua minggu lagi - Khairy
Pada masa sama, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak gusar. - Gambar fail/Astro AWANI
SUBANG JAYA: Kerajaan akan membuat keputusan sama ada untuk terus menggunakan vaksin AstraZeneca atau tidak selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dua minggu lagi.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dalam mesyuarat tersebut, panel pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan maklumat terbaru mengenai vaksin berkenaan.
Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan data terbaru dikemukakan Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) berkaitan pembekuan darah selepas menggunakan vaksin tersebut.
"Kita mengambil maklum keputusan dan pengumuman EMA yang menunjukkan kaitan antara penggunaan vaksin AstraZeneca dengan kes pembekuan darah. Ini kali pertama kaitan secara langsung disahkan.
"Kedudukan kita sekarang selepas pengumuman EMA itu ialah membincangkan semula pendirian dalam JKJAV yang akan bermesyuarat, dua minggu lagi.
"Kita akan mendengar maklumat tambahan yang akan dibentangkan panel pakar KKM berdasarkan maklumat terkini yang diperoleh daripada EMA, sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program pelancaran 2021 CHAMPS-NASOM Autism Awareness di sini pada Jumaat.
Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak gusar.
“Saya rasa pendirian yang cermat adalah untuk kita rujuk semula kepada jawatankuasa berdasarkan maklumat terkini yang kita dapat daripada EMA.
“Namun saya harap rakyat tidak gusar kerana kita masih belum menerima vaksin itu dan masih belum diberikan kerana kita hanya dijadualkan untuk menerima (AstraZeneca) pada bulan Mei.
“Ada cukup masa untuk JKJAV tentukan sama ada kita akan gunakan AstraZeneca atau tidak,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#KKM
#vaksin
#AstraZeneca
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#menteri
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#PICK
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan