KUALA LUMPUR: Penggunaan harian pengangkutan awam Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meningkat secara konsisten dengan purata 1.1 juta penggunaan sehari setakat semalam.
Prasarana dalam kenyataannya memaklumkan daripada jumlah itu perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119, manakala purata penggunaan perkhidmatan Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) adalah 258,710.
Menurut kenyataan itu angka penggunaan harian tertinggi adalah 1,200,433 yang dicatatkan pada 22 Nov lepas.
"Angka tersebut merupakan tertinggi bagi penggunaan harian perkhidmatan kendalian Prasarana yang dicatatkan sejak negara dilanda pandemik COVID-19.
"Pada awal 2020 (sebelum COVID-19), purata penumpang yang menggunakan perkhidmatan Prasarana kira-kira 1.2 juta orang sehari," menurut kenyataan itu.
Menurut Prasarana peningkatan penggunaan harian yang konsisten itu antara lain didorong oleh inisiatif berterusan pihaknya bersama Rapid Rail dan Rapid Bus dalam mempertingkatkan pengalaman pengguna termasuk dari segi ketersediaan perkhidmatan dan keadaan fasiliti serta kemudahan awam.
Bagi perkhidmatan rel, Prasarana memaklumkan pihak Rapid Rail sedang berusaha menambah baik perkhidmatan untuk memastikan perjalanan yang lancar bagi penumpang di kesemua laluan kendaliannya.
Selain itu, Rapid Rail juga telah memulakan pengoperasian empat tren baharu bagi LRT Laluan Kelana Jaya di bawah projek Kenderaan Tambahan Kuala Lumpur (KLAV27) sejak September lepas dan ketika ini laluan tersebut secara purata beroperasi dengan 48 tren dan kekerapan purata tiga minit.
Penggunaan MRT Laluan Putrajaya dan Laluan Kajang juga menunjukkan angka yang memberangsangkan dengan purata penggunaan MRT Laluan Putrajaya pada November lepas sebanyak 127,872 berbanding 122,720 sebelumnya.
MRT Laluan Kajang turut mencatatkan peningkatan purata penggunaan harian daripada 219,576 pada Oktober kepada 225,705 pengguna pada November, dan bilangan tersebut dijangka terus bertambah menjelang awal tahun depan apabila bilangan tren ditambah kepada 36 buah dengan kekerapan empat minit.
Bagi perkhidmatan bas, Rapid Bas menjangkakan 1,000 bas akan beroperasi setiap hari menjelang hujung tahun ini iaitu peningkatan daripada 762 bas sedia ada, sejajar dengan permintaan bilangan perkhidmatan bas di sekitar lembah Klang yang semakin meningkat.
Kenyataan itu turut menyebut projek percubaan lorong bas di Jalan Ampang (Jalan Rhu ke persimpangan Jalan Tun Razak) yang bermula 3 Julai lepas telah mencatat peningkatan jumlah pengguna sebanyak 15 peratus di koridor tersebut.
Dalam pada itu, menurut Prasarana 99 peratus fasiliti dan kemudahan awam di stesen termasuk lif dan eskalator ketika ini beroperasi secara normal.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu Prasarana komited menambah baik kesemua perkhidmatan rel dan bas serta fasiliti kemudahan awam di bawah kendaliannya secara berterusan bagi kemudahan dan keselesaan pengguna serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Langkah itu adalah selari dengan agenda pengangkutan awam yang menyasarkan penggunaan pengangkutan awam sebanyak 40 peratus menjelang 2030, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi LRT, MRT dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119. - Gambar fail
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Pengumuman campur tangan dalam kes ini adalah berikutan perluasan skop dan skala pencabulan Israel terhadap orang awam di Gaza.
Madinah jadi saksi pertemuan keluarga dan anak
Selepas setahun tidak bertemu, seorang anak, pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah bersyukur dapat membawa sendiri ibu bapanya, yang juga jemaah haji musim 1445H/2024M untuk ziarah luar di Madinah.
Tenaga Boleh Baharu: Pulau Borneo berpotensi besar jadi pembekal
Jelas Fadillah lagi, negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh diperbaharui (RE).
Aksi United serba tidak menjadi
AKSI Manchester United pada musim ini bagai serba tak kena apabila berdepan risiko gagal layak ke kejohanan Eropah buat kali kedua sejak musim 1989/90.
Bekalan Tenaga: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan
Fadillah menjelaskan kerjasama dengan negara-negara dalam rantau ASEAN juga akan diperluaskan bagi sektor bekalan tenaga.
[TERKINI] PETRA terus komited semarakkan ekonomi berasaskan hidrogen
Menurut Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, komitmen itu adalah cerminan aspirasi untuk mencapai penyahkarbonan global yang disifatkan sebagai perkara penting menerusi
perintis penyelesaian tenaga.
perintis penyelesaian tenaga.
Google Wallet henti sokong OS lama, perlu sekurang-kurangnya Android 9
Keperluan sistem operasi minimum ini akan berkuat kuasa mulai 10 Jun 2024.
Dua rakan didakwa edar 21kg heroin
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai 3 Mei lalu.
Tenaga boleh baharu: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan - Fadillah
Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE), jelas Fadillah.
Penggunaan pengangkutan awam meningkat, purata 1.1 juta pengguna sehari - Prasarana
Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi LRT, MRT dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119.
Thailand rasmikan hentian bas pertama dilengkapi pendingin hawa, WiFi
Ruang menunggu bas yang dijana kuasa solar di Seacon Square memastikan penumpang berasa nyaman dan gembira.