awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand rasmikan hentian bas pertama dilengkapi pendingin hawa, WiFi

Agensi
Agensi
28/04/2023
15:45 MYT
Thailand rasmikan hentian bas pertama dilengkapi pendingin hawa, WiFi
Ruang menunggu bas dengan kuasa solar di Seacon Square memastikan penumpang berasa nyaman dan gembira. - Twitter @GCC1111
BANGKOK: Dalam berdepan musim panas, mungkin inisiatif sebegini yang dinantikan pengguna pengangkutan awam.
Hentian bas pertama dilengkapi pendingin hawa yang dijana oleh kuasa solar kini dirasmikan di Thailand, sekali gus membuatkan ramai pengguna pengangkutan awam 'berpusu-pusu' ke daerah Prawet di Bangkok atas rasa ingin tahu.
Portal Bangkok Post melaporkan, hentian bas Sabuy Square itu dilancarkan bersama oleh Seacon Square, Bangkok Cool Cool Co Ltd dan Majlis Pentadbiran Bangkok Metropolitan sebagai model projek perintis konservasi tenaga bagi memulihara persekitaran.
Ia juga dibangunkan untuk melindungi pengguna pengangkutan awam daripada bahang matahari dan partikel jerebu.
Sabuy Square Seacon Bus Station >> https://t.co/sj9P0NnmUk#1111 # pic.twitter.com/CwDAdlczfG
— (GCC1111) (@GCC_1111) April 27, 2023
Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt telah menyempurnakan acara perasmian hentian bas berkenaan dalam satu majlis memotong reben pada Khamis.
Dikuasakan tenaga solar, Sabuy Square, yang memiliki ruang seluas 40 meter persegi, boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu-satu masa, sewaktu mereka menunggu bas, teksi mahupun van umum.
Ia turut dilengkapi kemudahan WiFi percuma, port pengecas USB, mesin air minuman, sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penggera kecemasan atau butang panik bagi menghubungi polis, selain paparan skrin menunjukkan ketibaan bas.
Orang awam boleh memanfaatkan perhentian bas itu dari jam 6 pagi hingga 11 malam, menurut laman Facenook Seacon Square.
Topic Berkaitan
#hentian bas
#hentian bas berhawa dingin
#Bangkok
#tenaga solar
#pengangkitan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan