Skip to main content

Malaysia

Penghantar barang didakwa tipu guna kod QR palsu

61745306201_courtgavel.jpg
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. -Gambar hiasan
Advertisement

KUANTAN: Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu dengan menggunakan paparan transaksi kod respons pantas (QR) palsu bagi pembelian pelbagai barangan di stesen minyak berjumlah RM356.50, awal tahun ini.

Pengakuan Mohammad Ruzaini Ruzi, 26, direkodkan di hadapan Majistret Ellyna Othman.

Lelaki itu didakwa memperdaya dua individu dengan menunjukkan paparan transaksi pembayaran QR berjumlah antara RM36.40 dan RM67.20 yang tidak sepadan bagi pembelian rokok, makanan dan minuman di sebuah stesen minyak di sini antara 19 Jan dan 3 Feb. 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya B. Deevagaran Naidu dan Danial Wafi Mohd manakala lelaki itu diwakili peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Mahkamah membenarkan jaminan RM12,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 25 Sept untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video

Advertisement