awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar barang maut terjatuh tali air

Bernama
Bernama
23/04/2024
01:45 MYT
Penghantar barang maut terjatuh tali air
Seorang penghantar barang maut selepas terjatuh ke dalam tali air dan dihanyutkan arus dalam kejadian di Kampung Gerai, Jertih, malam tadi. - Gambar hiasan
JERTIH: Seorang penghantar barang maut selepas terjatuh ke dalam tali air dan dihanyutkan arus dalam kejadian di Kampung Gerai, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Abdul Rozak Muhammad berkata, kemalangan sekitar 8 malam itu dipercayai berlaku apabila Wan Muhammad Khuzaimie Abu Sepian, 24, hilang kawalan ke atas motosikal yang ditunggangnya jenis Yamaha Ego LC.
Beliau berkata, ketika kejadian Wan Muhammad Khuzaimie sedang menghala ke Kampung Gerai Tua untuk pulang ke rumah keluarganya dari Kampung Layout Gerai.
"Apabila tiba di tempat kejadian beliau telah hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kanan bahu jalan lalu terjatuh ke dalam tali air.
"Mangsa kemudiannya dihanyutkan arus sejauh satu kilometer dan akibat kemalangan tersebut mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#penghantar barang maut
#jatuh tali air
#Kampung Gerai
#dihanyutkan arus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan