awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
[TERKINI] Iran sedia hentikan serangan jika Israel berundur
BISNES
Prospek krisis Timur Tengah reda pacu ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
SUKAN
Sivasangari bermula goyah kempen Final Jelajah PSA 2024/2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Penghantar barang mengaku tidak bersalah rompak empat wanita

Bernama
Bernama
08/05/2025
07:00 MYT
Sponsor Banner
Penghantar barang mengaku tidak bersalah rompak empat wanita
Pendakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, atas empat pertuduhan merompak empat wanita di sekitar Melaka Tengah pada Februari dan April.

Ringkasan AI
  • Ahmad Reezqan Jaliludin, seorang penghantar barang, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan merompak empat wanita di sekitar Melaka Tengah pada Februari dan April.
  • Rompakan didakwa dilakukan di beberapa lokasi termasuk lorong Jalan Rumah Pangsa Bachang Permai, kaki lima pasar raya Kipmall, dan kawasan parkir Lotus Peringgit.
  • Hakim menetapkan ikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua orang penjamin dan syarat tambahan. Tarikh sebutan dokumen ditetapkan pada 17 Jun depan.

Ahmad Reezqan Jaliludin, 31, didakwa telah melakukan rompakan ke atas harta milik seorang warga asing dan melarikan beg tangan yang mengandungi sebuah telefon bimbit serta barangan lain yang dianggarkan bernilai RM2,500.
Kesalahan itu dilakukan di lorong Jalan Rumah Pangsa Bachang Permai, Melaka Tengah, sekitar pukul 9.15 malam pada 23 Feb.
Lelaki itu juga didakwa merompak tiga wanita lain termasuk seorang mangsa di kaki lima pasar raya Kipmall pada 22 April, serta dua lagi mangsa di kawasan parkir Lotus Peringgit sehari selepas itu, sekitar 12.30 tengah hari dan 4.17 petang.
Pendakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.
Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar dan Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan beserta syarat tambahan, iaitu tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.
Sementara peguam Umar Zulkarnain yang mewakili tertuduh merayu agar satu nilai jaminan yang rendah serta dibenarkan dua orang penjamin, dengan alasan anak guamnya akan dijamin oleh kakaknya yang bekerja sebagai kerani yang hanya berpendapatan sekitar RM2,500 sebulan, manakala isteri tertuduh tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Hakim Haderiah Siri kemudian menetapkan ikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua orang penjamin dan membenarkan syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan serta menetapkan 17 Jun depan sebagai tarikh sebutan bagi serahan dokumen.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang dipercayai melakukan jenayah ragut dengan menyamar sebagai penghantar makanan, berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam termasuk beberapa pekerja penghantar makanan Food Panda di Malim, pada April lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes rompak
#penghantar barang
#syarikat kurier
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami