awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan didakwa rempuh anggota polis ketika pemeriksaan

Bernama
Bernama
29/10/2024
13:47 MYT
Penghantar makanan didakwa rempuh anggota polis ketika pemeriksaan
Pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan didenda, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merempuh dan melanggar seorang anggota polis berpangkat koperal, minggu lepas.
Muhammad Shamil Md Isa, 27, didakwa telah merempuh dan melanggar sebuah motosikal yang dinaiki Koperal A.Rajaratnam, 48, dengan mengetahui perbuatan itu boleh menyebabkan kematian di lampu isyarat di Jalan Segambut, Sentul di sini pada 11.45 malam, 21 Okt lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Vivien Yeap Jie Xin tidak menawarkan jaminan, namun peguam Nurul Atikah Rusli, mewakili tertuduh memohon supaya jaminan dibenarkan atas alasan anak guamnya menanggung ibu bapanya.
"Anak guam saya bekerja sebagai penghantar makanan dengan pendapatan sekitar RM1,300 hingga RM1,500 sebulan dan masih belum berkahwin," kata peguam itu.
Hakim Dr Azrol Abdullah kemudian bertanyakan kepada TPR Yeap bagaimana kejadian itu berlaku dan TPR menjelaskan bahawa semasa kejadian, tertuduh dan kekasihnya yang menaiki sebuah kereta telah ditahan anggota polis itu untuk pemeriksaan, namun tertuduh bertindak menekan pedal minyak sehingga merempuh motosikal mangsa.
"Dalam kejadian itu, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan manakala motosikal mangsa yang dirempuh telah diseret kereta tertuduh sejauh kira-kira 300 meter," kata Yeap.
Mahkamah kemudian tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 2 Dis ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#penghantar makanan
#hukuman penjara
#jaminan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan