awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan ditahan cabul dua wanita di Tamarind Square

Bernama
Bernama
06/04/2022
12:12 MYT
Penghantar makanan ditahan cabul dua wanita di Tamarind Square
Wan Kamarul Azran berkata suspek juga dipercayai terlibat dalam kes cabul di pusat komersial sama pada 21 Dis tahun lepas. - Gambar hiasan
CYBERJAYA: Polis hari ini menahan seorang khidmat penghantar makanan yang disyaki terlibat dalam dua kes mencabul wanita di kawasan parkir pusat komersial Tamarind Square, di sini, petang semalam.
Bertindak atas aduan kes cabul yang diterima daripada dua wanita masing-masing berumur 27 tahun dan 34 tahun di kawasan parkir pusat komersial berkenaan sekitar 2 petang semalam itu, polis melakukan semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) bagi memburu suspek.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata polis berjaya menahan lelaki tempatan berusia 20 tahun itu di Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini, pada kira-kira 12.50 tengah hari tadi.
"Dia mengaku terlibat dalam kes yang disiasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaaan kerana mencabul.
Menurut Wan Kamarul Azran, semakan menerusi rakaman CCTV mendapati suspek tiba di kawasan pusat komersial itu pada kira-kira 1.57 tengah hari semalam dengan menunggang motosikal Yamaha Lagenda 115 ZR berwarna merah, dan meletakkan motosikalnya di kawasan parkir aras bawah tanah serta dilihat berjalan menuju ke kawasan kaki lima pusat berkenaan.
Polis Sepang menerima dua laporan berkaitan kes cabul di pusat komersial itu semalam, dengan kes pertama melibatkan kes seorang pembantu peribadi di kawasan parkir aras bawah tanah pada pukul 2 petang, dan kes kedua, 15 minit kemudian melibatkan wanita berumur 34 tahun di hadapan lif tingkat 2 pusat berkenaan.
Wan Kamarul Azran berkata suspek juga dipercayai terlibat dalam kes cabul di pusat komersial sama pada 21 Dis tahun lepas.
Beliau berkata suspek mempunyai rekod jenayah iaitu mencuri motosikal dan memiliki barang curi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes cabul
#Tamarind Square
#Cyberjaya
#polis tahan suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan