awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan maut dirempuh kereta ketika beri laluan kepada ambulans

Sinar Harian
Sinar Harian
19/06/2024
11:27 MYT
Penghantar makanan maut dirempuh kereta ketika beri laluan kepada ambulans
Keadaan motosikal Hilmi (gambar kecil) selepas terlibat dalam kemalangan dengan dua kereta di Jalan Padang Jambu di sini, pada Rabu. -Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang penghantar makanan maut dirempuh kereta ketika memberi laluan kepada ambulans di Jalan Padang Jambu, di sini, pada Rabu.
Kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu menyebabkan mangsa, Hilmi Saleh, 31, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dan sebuah Proton Wira yang dipandu warga emas berusia 65 tahun dari arah Pengkalan Batu.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan terbabit mahu melintas ke hadapan menghala ke arah Jalan Padang Jambu bagi memberi laluan kepada ambulans yang datang dari arah sama.
Namun, katanya, sebuah kereta Honda Civic dari arah Ayer Keroh menghala ke Bandar Melaka tidak dapat mengelak lalu merempuh motosikal mangsa dan kereta Proton Wira tersebut.
"Akibat kemalangan itu, penghantar makanan terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan kerana mengalami kecederaan parah di kepala.
"Manakala pemandu Proton Wira dan pemandu Honda Civic berusia 50 tahun masing-masing sakit di bahagian dada serta cedera di leher," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga.
"Pihak polis sedang mengesan saksi kemalangan dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penghantar makanan
#dirempuh kereta
#beri laluan kepada ambulans
#Hilmi Saleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan