awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan maut dirempuh pemandu treler positif dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
07/03/2022
22:40 MYT
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu treler positif dadah
Keadaan treler yang masuk ke laluan bertentangan selepas hilang kawalan. - Foto media sosial
GUA MUSANG: Seorang penghantar makanan Foodpanda maut dirempuh pemandu treler yang positif dadah dalam nahas jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 3.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Ahad.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu mengakibatkan mangsa, Mohamad Amir Nordin, 22, meninggal dunia dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Krai.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca apabila sebuah treler jenis Volvo FH12 dipandu seorang lelaki berumur 36 tahun dari arah Kuala Krai ke Gua Musang dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.
"Treler itu kemudian melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger sebelum merempuh motosikal jenis Yamaha LC135 yang ditunggang oleh Mohamad Amir.
“Pemandu pacuan empat roda berusia 43 tahun mengalami kecederaan ringan manakala pemandu treler tidak cedera," katanya.
Ujarnya, hasil saringan awal urin pemandu treler mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Nahas
#penghantar makanan
#treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan