awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hungary tetapkan 12 April sebagai tarikh pilihan raya Parlimen
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan warga Singapura didakwa bunuh isteri, anak tiri

Bernama
Bernama
24/10/2019
04:31 MYT
Penghantar makanan warga Singapura didakwa bunuh isteri, anak tiri
Shahrul Nizam (kiri) didakwa membunuh Norfazera dan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di sebuah rumah di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, di Melaka antara pukul 9.00 malam pada 6 Oktober lepas, dan pukul 1.00 pagi, 7 Oktober. --fotoBERNAMA
Seorang penghantar makanan warga Singapura didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan membunuh isteri dan anak lelaki tirinya di Batu Berendam, antara 6 dan 7 Okt lepas.
Shahrul Nizam Zuraimy, 31, didakwa membunuh Norfazera Bidin, 27, di sebuah rumah di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, di sini antara pukul 9.00 malam pada 6 Okt lepas, dan pukul 1.00 pagi, 7 Okt.
Lelaki itu turut didakwa membunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di lokasi, waktu dan hari yang sama.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim, kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mahkamah menetapkan 16 Dis untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari manakala Shahrul Nizam tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak tiri
#Batu Berendam
#bunuh
#bunuh isteri
#Kanak-kanak
#kerat lapan
#laporan bedah siasat
#Mahkamah Majistret
#mati
#penghantar makanan
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan