awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar surat antara yang didakwa ubah wang haram RM11 juta

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2017
12:37 MYT
Penghantar surat antara yang didakwa ubah wang haram RM11 juta
Tertuduh pertama, Noor Hazaini Yahya, 44, didakwa atas tiga pertuduhan iaitu menyalahgunakan wang milik sebuah bank berjumlah RM6.5 juta ke dalam akaunnya. - Foto Astro AWANI
Seorang penghantar surat dan empat yang lain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan salah guna wang milik Maybank Islamic Berhad dan pengubahan wang haram hampir RM11 juta, tiga tahun lalu.
Tertuduh pertama, Noor Hazaini Yahya, 44, didakwa atas tiga pertuduhan iaitu menyalahgunakan wang milik sebuah bank berjumlah RM6.5 juta ke dalam akaunnya.
Dia turut didakwa atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM3.8 juta ke akaun bank miliknya.
Empat yang lain iaitu Nor Yasmi Yahya, 45, Mohammed Khairiz Khalid, 40, Hazrin Izuddin Jamaluddin, 44, dan Awais Khorni Muhammad, 27, menerima wang haram itu antara RM21 ribu hingga RM3.3 juta dalam akaun mereka.
Bagi tuduhan salah guna wang, pendakwaan dibuat mengikut seksyen 403 Kanun Keseksaan.
Bagi tuduhan pengubahan wang haram, pendakwaan dibuat mengikut subseksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Topic Berkaitan
#Maybank
#penghantar surat didakwa
#pengubahan wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan