awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantaran jemaah umrah: MKN, KKM akan dirujuk

Bernama
Bernama
03/11/2020
08:48 MYT
Penghantaran jemaah umrah: MKN, KKM akan dirujuk
Arab Saudi pada September lalu mengumumkan menerima semula jemaah umrah dalam empat fasa secara berperingkat. -AP
KUALA LUMPUR:Khidmat nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan dirujuk dalam penghantaran jemaah umrah Malaysia ke Tanah Suci.
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan bersama berkata bagi kerajaan, keselamatan serta kesihatan jemaah umrah Malaysia adalah keutamaan tertinggi.
Menyambut baik keputusan kerajaan Arab Saudi yang memberi kebenaran kepada jemaah luar mengerjakan umrah selama 10 hari, kedua-dua menteri berkata pihak mereka akan bekerjasama rapat dalam memastikan umat Islam di Malaysia turut dapat mengerjakan ibadah itu.
"Kerajaan akan terus memantau situasi COVID-19 khususnya di Malaysia dan pada masa sama, meneliti dari semasa ke semasa SOP ibadah umrah yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.
BACA: Ibadah umrah dibenar mulai 1 Nov, 10,000 jemaah dianggarkan tiba di Arab Saudi setiap minggu
"Kerajaan akan melakukan yang terbaik demi kepentingan rakyat Malaysia khususnya jemaah umrah yang bakal ke Tanah Suci kelak," menurut kedua-dua menteri.
Pada 23 September lepas, Arab Saudi mengumumkan empat fasa secara berperingkat bagi menerima semula kemasukan jemaah umrah dengan syarat perlu mematuhi SOP ditetapkan pihak berkuasa tempatan negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MKN
#KKM
#jemaah umrah
#Arab Saudi
#Tanah Suci
#kebenaran
#Hishammuddin Hussein
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan