Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew mengadakan satu mesyuarat khas Isnin bagi membincangkan penghantaran pulang pelancong China yang terkandas di Sabah susulan penularan wabak 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) di negara itu, yang menyaksikan kerajaan China menyekat pergerakan keluar dan masuk beberapa wilayahnya.
Mesyuarat itu dihadiri pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Imigresen Sabah, Malaysia Airports Berhad dan juga syarikat-syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines Berhad, AirAsia, Malindo Air, Xiamen Airlines, China Southern Airlines dan China Eastern/Shanghai Airlines
Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata perbincangan itu tertumpu kepada dua isu, iaitu lanjutan visa bagi yang tamat tempoh, serta rancangan perjalanan untuk membawa mereka pulang ke China selain melibatkan bandar raya Wuhan.
"Jabatan imigresen Sabah telah bersetuju membantu dalam melanjutkan visa perjalanan selama tujuh hari selepas tamat tempoh asal, dan ini boleh dilakukan di ibu pejabat Jabatan Imigresen di Kota Kinabalu, hanya tertakluk kepada pelancong dari China yang tiba di Sabah sebelum 31 Jan.
"Visa akan dilanjutkan hanya selepas ditunjukkan tiket perjalanan pulang yang sah. Juga ditetapkan bahawa keperluan penjamin tempatan bagi pelancong FIT (Free and Independent Travellers) diketepikan. Sila ambil maklum bahawa bayaran lanjutan visa RM100 masih dikenakan," menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini malam tadi.
Merujuk kepada bantuan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan, Liew berkata syarikat penerbangan berkenaan bersetuju untuk mengetepikan yuran pembatalan bagi mereka yang penerbangannya dibatalkan.
"Ada juga pilihan penerbangan tempahan semula ke China melalui Kuala Lumpur. Kami nasihatkan penumpang terkandas untuk mengakses laman web syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penerbangan yang disediakan untuk perjalanan pulang mereka," katanya.
Beliau berkata AirAsia masih mengendalikan penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shenzhen (14 kali seminggu), Guangzhou (tujuh kali seminggu), Hangzhou (lima kali seminggu) dan Kunming (dua kali seminggu).
Penerbangan Malaysia Airlines terbang ke Shanghai dua kali seminggu manakala penerbangan China Southern Airlines ke Guangzhou berakhir pada Khamis (6 Feb).
Pada Isnin, Liew juga mempengerusikan mesyuarat dengan kumpulan pelancongan dan pihak berkuasa kesihatan di mana beliau diberi taklimat mengenai koronavirus oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan (Unit Survelans Kesihatan), Dr Sahrol Nizam Abu Bakar.
Liew telah mengarahkan Lembaga Pelancongan Sabah untuk menganjurkan taklimat mengenai koronavirus untuk pihak berkuasa imigresen, pengusaha hotel, syarikat penerbangan, ejen pelancongan, pengendali pelancongan dan pemandu pelancong secepat mungkin.
"Sangat penting bagi semua mereka yang berada di barisan hadapan industri pelancongan negeri untuk diterangkan mengenai keadaan semasa, kawalan dan langkah-langkah pencegahan yang dilakukan oleh pihak berkuasa kesihatan untuk menangkis jangkitan," kata Christina.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 04 2020
Liew berkata syarikat penerbangan berkenaan bersetuju untuk mengetepikan yuran pembatalan bagi mereka yang penerbangannya dibatalkan.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Setahun COVID-19: Pengajaran dan survival
Pandemik paling buruk dalam dunia ini telah membawa kepada kepentingan menitikberatkan gaya hidup sihat dan kebersihan sepanjang masa.
'Nampak cantik tapi boleh membunuh' - Makmal AS papar imej baharu COVID-19
VIRUS COVID-19 yang sedang aktif merebak telahpun mengorbankan lebih 1,700 nyawa setakat ini.
Kes disahkan koronavirus di Thailand bertambah satu lagi, jumlahnya terkini 33
Kes terbaharu melibatkan pelancong berumur 54 tahun dari Wuhan yang melawat Thailand, sebelum China mengenakan sekatan pergerakan keluar masuk di beberapa bandarnya.
Koronavirus: Malaysia kekalkan 14 hari tempoh inkubasi
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan buat masa ini pihaknya kekal dengan pendirian tempoh inkubasi selama 14 hari.
Koronavirus: Angka korban cecah lebih 1,000
Malah, buat pertama kali, jumlah kematian harian akibat virus berkenaan di negara itu mencecah lebih 100 orang, berbanding kurang 100 setiap hari sebelum ini.
Koronavirus: Malaysia tidak akan tingkatkan tahap amaran - Wan Azizah
Wan Azizah menjelaskan, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Singapura tidak lama lagi.
Koronavirus: Kes ke-16 dikesan di Kuala Lumpur
Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata wanita tersebut merupakan ibu kepada kawan kes warganegara China yang dilaporkan positif pada 6 Februari lalu.
Megat Shahriman mahu tumpu atlet para
Ia bagi memberi sepenuh perhatian kepada persiapan atlet para untuk menghadapi Sukan Para ASEAN (APG) di Filipina, yang mungkin ditunda lagi susulan penularan jangkitan coronavirus baharu 2019.
Koronavirus: Sabah perluas sekatan perjalanan berkuat kuasa hari ini
Langkah berkenaan bagi mengekang penyebaran koronavirus baru 2019 (2019-nCoV) walaupun Sabah kini bebas dari mana-mana individu yang diuji positif terhadap virus itu.
Sekatan perjalanan diperluas meliputi wilayah lain di China dikenakan 'lockdown'
Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan.