Malaysia dijangka menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berusia 60 tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk.
Namun, Malaysia masih belum mempunyai Pelan Demensia Kebangsaan, iaitu persediaan dari segi polisi, rangka kerja, perancangan dan pelan tindakan apabila penduduknya yang berusia berdepan pelbagai risiko penyakit.
Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing), Prof Madya Ir Dr Siti Anom Ahmad menegaskan pihaknya amat menyokong penubuhan Pelan Demensia Kebangsaan dalam menangani krisis kesihatan utama abad ke-21 ini.
"Kalau kita tiada atau lambat mewujudkan pelan ini, ia akan menyebabkan kita kurang persediaan dalam menghadapi penyakit ini.
"Kami menyeru kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menetapkan sasaran tindakan dan pelaksanaan Pelan Demensia Kebangsaan di Malaysia.
"Sudah tiba masa negara kita untuk tetapkan rangka tindakan dan komitmen sendiri dalam menekankan demensia sebagai salah satu keutamaan dalam kesihatan awam," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Jelasnya, pelan tersebut tidak semestinya sesuatu yang baharu, tetapi juga menambah baik atau menyelaraskan program sedia ada menerusi kerjasama sektor awam dan swasta.
Mengakui Malaysia masih kurang pendedahan dan pengetahuan berkenaan penyakit Alzheimer, Dr Siti Anom berkata pelan itu akan jadi pemangkin dalam membantu penghidap penyakit tersebut menjalani kehidupan seperti biasa.
Menurutnya, walaupun data menunjukkan penyakit ini dihidapi lima hingga lapan peratus rakyat Malaysia berumur 60 tahun ke atas, namun tanpa pelan penjagaan rapi ia akan memberi kesan kepada penjaga serta keluarga pesakit.
"Tanpa perancangan yang rapi dan pelan pelaksanaan yang mampan, beban penjagaan demensia yang kurang difahami ramai akan membawa kepada kepincangan sosial.
"Penjagaan untuk warga emas biasa atau yang tiada penyakit Alzheimer adalah berbeza dengan warga emas yang mempunyai sakit Alzheimer walaupun cuma lima hingga lapan peratus sahaja menghidapinya.
"Namun, kita masih perlu memberikan perancangan yang rapi macam mana untuk latih penjagaan untuk pesakit Alzheimer," katanya.
Justeru beliau melihat insurans penjagaan jangka panjang seperti yang dilaksanakan beberapa negara termasuk Jepun menjadi antara medium penjagaan yang wajar dilaksanakan di negara ini.
Katanya, Pelan Demensia Kebangsaan itu akan membantu 'generasi sandwich' iaitu golongan pertengahan usia yang mempunyai komitmen bukan sahaja membesarkan anak-anak tetapi juga menjaga ibu bapa mereka.
"Malaysia dah perlu mula kuat kuasa dan melaksanakan insurans penjagaan jangka panjang kerana apabila seseorang itu mencapai usia tua, pelbagai isu kesihatan dan juga penjagaan akan berlaku.
"Kita tahu 'generasi sandwich' ini menjadikan anak-anak tidak mampu memenuhi sistem penjagaan, jadi saya melihat insurans penjagaan jangka panjang ini dapat membatu dari segi kaedah pembiayaan," ujarnya.
Kajian menunjukkan demensia akan memberi impak kepada tenaga buruh negara apabila dianggarkan tiga orang atau penjaga akan terkesan daripada seseorang yang mempunyai simptom demensia atau menghidapi penyakit Alzheimer.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Sep 21 2020
Tanpa perancangan yang rapi dan pelan pelaksanaan yang mampan, beban penjagaan demensia yang kurang difahami ramai akan membawa kepada kepincangan sosial. - Foto Unsplash
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tony Bennett meninggal dunia pada usia 96 tahun
Penyanyi pop dan jazz popular yang memenangi 20 Anugerah Grammy, Tony Bennett meninggal dunia pada usia 96 tahun di New York, pada Jumaat.
FDA AS lulus ubat Leqembi untuk rawat Alzheimer
Leqembi berfungsi dengan mengurangkan amyloid plaques yang terbentuk di dalam otak, menurut FDA.
Pesakit Alzheimer di seluruh dunia mungkin cecah 139 juta menjelang 2050 - Laporan
Jumlah pesakit Alzheimer di dunia mungkin mencecah 139 juta menjelang 2050, menurut laporan terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Isteri hidap Alzheimer turut dijangkiti COVID-19, Engelbert Humperdinck mohon doa peminat
Penyanyi balada terkenal Britain, Engelbert Humperdinck meminta peminat agar mendoakan kesihatan isterinya.
Hari Alzheimer Sedunia: KKM bangunkan Pelan Tindakan Demensia 2021-2030
Ketika ini KKM mengambil beberapa inisiatif dalam meningkatkan liputan rawatan dalam penjagaan geriatrik.
Pesakit Alzheimer perlu penjagaan rapi
Dengan peningkatan populasi warga emas, sistem sokongan dalam masyarakat perlu dipertingkatkan bagi membantu ahli keluarga yang menjaga warga emas yang menghidap Alzheimer.
Penghidap Alzheimer makin bertambah, Malaysia masih tiada Pelan Demensia Kebangsaan
Pelan Demensia Kebangsaan itu akan membantu 'generasi sandwich' iaitu golongan pertengahan usia yang mempunyai komitmen bukan sahaja membesarkan anak-anak tetapi juga menjaga ibu bapa mereka.
'Kawanku', peranti bantu warga emas nyanyuk
'Kawanku' berpotensi membantu warga emas menjalani aktiviti harian melalui maklumat dan arahan audio secara automatik.
Akibat ketagih, 'Pakcik Pokemon' luang 20 jam bawa 11 telefon keliling Taipei
Chen San-yuan, 70, mampu bermain Pokemon Go sehingga 20 jam tanpa henti menggunakan 11 telefon dan sembilan power bank yang dibawanya.