SHAH ALAM: Penghidap diabetes adalah tiga hingga empat kali lebih mudah untuk dijangkiti gejala COVID-19 yang serius berbanding individu yang tidak menghidap penyakit itu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata memandangkan penyakit diabetes telah lama wujud dalam masyarakat kita, rakyat perlu berusaha untuk membendungnya daripada terus menular yang akhirnya akan memberi kesan terhadap kualiti hidup penduduk Malaysia.
"Diabetes bukan sahaja dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan malah ia berkait rapat dengan cara pemakanan yang tidak terkawal dan amalan cara hidup yang tidak sihat," katanya ketika berucap pada Kempen Perangi Diabetes anjuran Selangor FC dan syarikat farmaseutikal Sanofi Aventis Malaysia (Sanofi) yang berlangsung secara maya, hari ini.
Justeru beliau mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang serta mengamalkan cara hidup yang aktif.
"Ibu bapa juga harus menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup yang sihat bagi memastikan anak-anak kita terus sihat, cergas dan bebas daripada sebarang penyakit," katanya.
Menurutnya, tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi (NHMS) 2019 mendapati peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus (2019).
"Laporan ini telah menunjukkan satu daripada lima individu dewasa berumur 18 tahun ke atas di negara ini, hidup dengan diabetes atau persamaan hampir 4 juta penduduk Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022

injauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi (NHMS) 2019 mendapati peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus (2019). - Gambar hiasan

Lebih 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal sejak rampasan kuasa di Myanmar
Lebih 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal dalam tempoh beberapa tahun lepas di Myanmar dengan lebih lima juta kanak-kanak sangat memerlukan bantuan kemanusiaan.

MU terpaksa lupakan khidmat Eriksen sehingga lewat April
Pemain tengah Manchester United (MU), Christian Eriksen dijangka akan berehat panjang disebabkan kecederaan buku lali, umum Kelab Liga Perdana Inggeris itu pada Selasa.

Lumba Kereta | Algeria anjur perlumbaan khas buat wanita
Algeria menjadi tuan rumah edisi kedua perlumbaan kereta wanita antarabangsa. Perlumbaan itu dilangsungkan bermula 25 januari sehingga 30 Januari 2023, melibatkan jarak 1,254 kilometer.

Hubungan Sulit Trump | Panel juri baharu mula dengar keterangan saksi
Pendakwa raya yang terlibat dalam kes bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mendapatkan panel juri baharu bagi mendengar hujahan serta bukti berkenaan dakwaan Trump membuat pembayaran kepada seorang bintang filem lucah, Stormy Daniels bagi menutup mulut daripada mendedahkan hubungan seksual mereka.

Ekstradisi | Banduan Filipina dalang rompakan di Jepun
Kerajaan Jepun meminta agar kerajaan Filipina untuk mengekstradisi empat warganya yang juga banduan di negara itu. Ia selepas mereka didakwa terlibat dalam beberapa siri rompakan di Jepun yang dioperasikan dari penjara.

PNBCAP | Adaptasi iklim urban pertama di Malaysia
Think City menyasarkan sekurang-kurangnya pengurangan 1.5 darjah celsius dalam suhu di kawasan bandar dan lima hingga tujuh darjah Celsius di kawasan tanah tinggi menerusi pelaksanaan Pelan Adaptasi Iklim Semulajadi Pulau Pinang (PNB-CAP). Pengarah Urusannya, Hamdan Abdul Majeed berkata sasaran tersebut dijangka dicapai dalam tempoh enam hingga lapan tahun selepas rancangan.

Perubahan Iklim | Kerajaan Persekutuan tak boleh lawan sendiri
Kerajaan Persekutuan tidak dapat melawan perubahan iklim secara sendiri. Sebaliknya, menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, usaha tersebut memerlukan penglibatan semua sektor di negara ini termasuk orang awam, sektor swasta serta kerajaan negeri.

Industri Sawit | Malaysia-Indonesia kerjasama tangkis tohmahan EU
Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dengan Indonesia bagi menangkis tohmahan terhadap minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU). Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia dan Indonesia akan membincangkan undang-undang yang melarang penjualan minyak sawit dan komoditi lain yang dikaitkan dengan penebangan hutan.

Pengurusan Banjir | Kerajaan akan bina PPS tetap di sekolah kerap terkesan
Kerajaan akan membina dewan bagi menempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di lokasi sekolah yang sentiasa terkesan banjir. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dilaksana menerusi Smart Partnership antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak sekolah di seluruh negara.

Lantikan Nurul Izzah | Anwar terima teguran, akan beri penjelasan
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka menerima setiap teguran dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya. Menegaskan sekali lagi bahawa pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bayaran, Perdana Menteri berkata beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, termasuk memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.

Penghidap diabetes berusia 20 tahun ke bawah dijangka meningkat di AS - Kajian
Jumlah penghidap diabetes yang berusia 20 tahun ke bawah dijangka meningkat secara mendadak dalam tempoh beberapa dekad akan datang di Amerika Syarikat.

AS lulus ubat baharu tangani diabetes jenis 1
Tzield bertindak balas terhadap sistem imun tertentu dan melambatkan perkembangan ke tahap tiga bagi diabetes jenis satu.

Kempen KNOW diabetes, adakah anda penghidap diabetes?
Malaysia menyaksikan populasi diabetes tertinggi di Asia juga antara tertinggi di dunia sehingga memaksa negara membelanjakan sebanyak RM4.4 bilion setiap tahun bagi tujuan rawatan penyakit tersebut.

Trend diabetes membimbangkan, beban kos rawatan meningkat - KP Kesihatan
Kira-kira 3.9 juta orang dewasa menghidap diabetes di Malaysia dan hampir separuh tidak menyedari status penyakit mereka.

Dr Iskandar lakar sejarah profesor diabetes pertama Universiti Nottingham
Dr Iskandar menyifatkan pencapaian beliau itu adalah berkat usaha dan penat lelah yang tidak pernah mengenal erti jemu sekali gus pengiktirafan tertinggi buat dirinya di persada antarabangsa.

Rakyat Australia hidap diabetes meningkat tiga kali ganda sejak 20 tahun: Laporan
Dalam tempoh 20 tahun, seorang warga Australia didiagnosis menghidap diabetes setiap lapan minit.

Kerap ulang-alik ke bilik air? Anda mungkin berdepan masalah ini
Ketahuilah bahawa bila anda kerap lakukan perkara sama, ia merupakan indikasi ada sesuatu yang tidak kena.

Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional dilancar Julai untuk kesan penyakit tidak berjangkit - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan inisiatif Saringan Kesihatan Nasional bulan Julai ini bagi mengesan kes-kes penyakit yang tidak berjangkit (NCD) dalam negara.

KKM tidak pernah memperakukan produk ganti ubat rawat diabetes
Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.

Ramai tak sedar hidap NCD, KKM beri tumpuan semula - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberikan tumpuan semula kepada epidemik Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dalam kalangan kumpulan B40 sepanjang tempoh negara melalui fasa transmisi COVID-19.