GEORGE TOWN: Tiga penghuni Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang di Jalan Scotland di sini yang mengalami kecederaan selepas bumbung bangunan di bilik asrama itu runtuh dalam kejadian malam tadi, dibenarkan keluar dari hospital hari ini.
Yang Dipertua Persekutuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Pulau Pinang Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, mangsa masing-masing berusia lapan, 10 dan 13 tahun yang dirawat di Hospital Pulau Pinang selepas terselamat dalam kejadian tersebut dibenarkan pulang kira-kira 8 pagi tadi.
"Berdasarkan pemeriksaan dan pemerhatian doktor, mereka dalam keadaan baik dan telah dibenarkan pulang hari ini namun masing-masing dalam keadaan sedikit trauma susulan kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian itu, pihak bomba menerima laporan pada 9.42 malam bahawa berlaku runtuhan di wisma yang menempatkan 30 penghuni perempuan berusia tujuh hingga 18 tahun.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong dilaporkan berkata sebaik pihak bomba tiba, mereka mendapati ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan akibat dihempap bumbung di bilik asrama dan berjaya dibawa keluar oleh dua warden serta rakan-rakan.
Mohd Yussof berkata ketika ini kesemua penghuni perempuan ditempatkan sementara di Pusat Serantau Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor dan akan dipindahkan ke Wisma Yatim Lelaki Islam Pulau Pinang di Air Itam dua hari lagi.
Katanya wisma lelaki itu mempunyai dua blok dan hanya menempatkan seramai 20 penghuni namun pihaknya perlu menyiapkan beberapa kelengkapan di asrama seperti katil dan sebagainya bagi membolehkan penghuni wanita menetap sementara di situ.
Beliau berkata bangunan Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang itu telah diselenggara setiap tahun mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
"Kejadian bumbung runtuh di asrama wisma itu adalah kemalangan yang berlaku di luar jangka dan pihak kami akan membaiki struktur bumbung yang runtuh namun pemulihan struktur ini dijangka mengambil sedikit masa.
''Kejadian ini memang kita tidak sangka kerana penyelenggaraan bangunan dijalankan setiap tahun mengikut akta dan peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa," katanya.
Menurutnya ketika ini siasatan masih dijalankan oleh agensi seperti Jabatan Kerja Raya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan beberapa agensi lain manakala kerja-kerja membaiki akan dijalankan selepas selepas siasatan selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2022

Tiga penghuni di Wisma Anak Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang di Jalan Scotland mengalami kecederaan selepas bumbung bangunan di bilik asrama runtuh dalam kejadian malam tadi. - fotoBERNAMA
![AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007874/33867771591675432059566_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [03/02/2023] – Langkah kawal aliran kewangan | Banyak isu lain jadi keutamaan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Peruntukan tahunan Ahli Parlimen dikurangkan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta. - Sekolah pagi bermula jam 8, bukan jadi keutamaan. - Penjara Sungai Buloh semakin sesak, melebihi kapsiti maksimum. - Suhakam bimbang kebajikan 36 kanak-kanak di Depoh Imigresen Lenggeng. #AWANInews

Dialog Poket Rakyat: Formula Tambah ‘Income’ Rakyat
Inflasi dan kos sara hidup sukar dikawal? Kenapa tidak cari jalan bagaimana boleh tambah pendapatan rakyat? Dialog Poket Rakyat, 8.30 malam

PRN: UMNO Selangor sudah muktamadkan kerusi yang bakal ditandingi - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain memberitahu, setakat hari ini, keputusan tersebut adalah muktamad dan beliau sudah pun memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mahkamah tolak saman bekas pelajar sekolah pendidikan khas
Mahkamah Tinggi menolak saman seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas terhadap sekolah dan tiga defendan lain termasuk Kerajaan Malaysia.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lori di bawah pengaruh alkohol
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori yang dipandu seorang lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Parit Panjang, petang semalam.

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap
![[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022 [INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007863/8967789641675428201872_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022

Thaipusam | Membuat kavadi perlukan dedikasi tinggi
Selepas dua tahun, kavadi berwarna-warni bakal kembali menceriakan sambutan Thaipusam kali ini. Diringi muzik tradisional, penganut Hindu akan menunaikan nazar mengikut niat masing-masing dengan menjunjung paal koodam, kavadi dan mencukur rambut.

Penghuni cedera bumbung asrama anak yatim runtuh dibenar keluar hospital
Tiga penghuni Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang di Jalan Scotland di sini yang mengalami kecederaan selepas bumbung bangunan di bilik asrama itu runtuh dalam kejadian malam tadi.