awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghuni perempuan dakwa dicabul pengasas rumah kebajikan

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2021
20:50 MYT
Penghuni perempuan dakwa dicabul pengasas rumah kebajikan
Polis telah bertindak menahan suspek di rumah kebajikan terbabit untuk tindakan lanjut.
KUALA LUMPUR: Seorang penghuni perempuan di sebuah rumah kebajikan di Gombak, Selangor mendakwa dicabul dalam kejadian awal pagi Jumaat lalu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, dalam kejadian itu mangsa berusia 17 tahun yang mengalami demam telah mengadu kepada pengasas rumah kebajikan terbabit.
"Suspek kemudian telah mengambil kain basah untuk tuam di badan mangsa.
"Pada mulanya, suspek tuam di kepala mangsa namun bertindak tuam di payudara dan membuka seluar mangsa," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata, mangsa kemudian telah melarikan diri dari rumah kebajikan terbabit sebelum membuat laporan polis.
Katanya, bertindak hasil laporan dibuat mangsa, polis telah bertindak menahan suspek di rumah kebajikan terbabit untuk tindakan lanjut.
"Siasatan awal setakat ini mendapati hanya remaja perempuan itu yang menjadi mangsa," katanya.
Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#cabul
#rumah kebajikan
#pengasas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan