awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengislaman kanak-kanak perlu persetujuan kedua-dua ibu bapa - Nazri

Bernama
Bernama
03/07/2013
13:24 MYT
Pengislaman kanak-kanak perlu persetujuan kedua-dua ibu bapa - Nazri
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pengislaman kanak-kanak di bawah umur hanya boleh dilakukan dengan persetujuan kedua-dua ibu bapa.
Beliau berkata cadangan pindaan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 tersebut adalah tidak adil kepada bukan Islam di mana hanya memerlukan izin seorang ibu atau bapa sahaja menentukan agama seseorang kanak-kanak.
"Saya berpegang kepada keputusan Kabinet pada 2009 yang tidak membenarkan penukaran agama anak di bawah umur kepada Islam secara satu pihak sahaja," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
"Perlembagaan perlu dibaca secara inklusif, bukan eksklusif terutama melibatkan agama," kataya ketika mengulas cadangan pindaan rang udang-undang tersebut yang dibentangkan untuk bacaaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Pindaan rang undang-undang itu bagi membolehkan hanya salah seorang daripada ibu atau bapa dibenarkan untuk menukar agama anak mereka di bawah umur kepada Islam.
Nazri berkata bahawa ia adalah tanggungjawab beliau sebagai seorang Islam dan seorang pemimpin negara untuk melindungi hak golongan minoriti di negara ini.
Topic Berkaitan
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
#nazri
#Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan