KUALA LUMPUR:Pengkomersialan penyelidikan terus menjadi aspirasi negara dalam mempermudah dan mempercepatkan peralihan kepada model pembangunan ekonomi berasaskan inovasi di Malaysia.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, ia bagaimanapun tidak mudah untuk dicapai kerana masih terdapat jurang dalam ekosistem penyelidikan tempatan.
Justeru, beberapa perancangan telah dirangka bagi membantu mengatasi isu berkenaan, sekali gus membentuk ekosistem penyelidikan yang lebih berdaya saing dan komersial di pelbagai peringkat.
"Penubuhan Agensi Pengurusan Penyelidikan adalah untuk memusatkan perancangan dan pengagihan sumber bagi mengelakkan pembaziran dana, selain memastikan keberkesanan sasaran penyelidikan.
"Kita turut menubuhkan Platform Data Sains Terbuka, yang telah dipersetujui oleh Kabinet. Ia akan menjadi pusat penyimpanan penyelidikan untuk membolehkan penjanaan hasil daripada data penyelidikan.
"Ia juga menghubungkan pakar dalam bidang masing-masing dengan industri, menjalinkan sinergi yang lebih baik serta pengkomersialan.
"Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) pula meningkatkan penyelidikan bagi tujuan komersial dengan mewujudkan persekitaran sebenar bagi pengagihan pengkomersialan yang lebih cepat," kata Khairy.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Pelancaran Laporan: Menilai Keberkesanan Institusi Penyelidikan Awam di Malaysia secara atas talian, hari ini.
Turut diberi perhatian adalah perusahaan-perusahaan kecil yang tidak mampu menjalankan penyelidikan sendiri selain hubungan antara akademik dan industri.
"Perusahaan kecil dan sederhana antara penyumbang terbesar ekonomi negara, tetapi kira-kira 98 peratus tidak mampu menjalankan penyelidikan sendiri.
"Selain itu, masih terdapat kelemahan dalam jaringan antara akademik dan industri, walaupun terdapat sedikit peningkatan," ujarnya.
Tambah Khairy lagi, graduan aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) akan memainkan peranan besar dalam menentukan masa depan inovasi negara.
"Kementerian akan terus mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa lebih ramai anak muda berminat mendalami bidang STEM.
"Kita juga akan melaksanakan kajian terhadap elaun dan gaji penyelidik di institusi penyelidikan awam bagi menjadikannya pilihan kerjaya yang baik dan menarik," katanya.
Madiha Abdullah
Thu Nov 19 2020

Khairy berkata jurang dalam ekosistem penyelidikan tempatan perlu diatasi. - Foto/Bernama

PRU15: Anwar umum Nurul Izzah ketuai jentera di Kedah, Pulau Pinang, Perlis
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar diberi tanggungjawab mengetuai jentera parti bagi Pulau Pinang, Kedah dah Perlis pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Kes warganegara anak lahir di luar negara berhak dirayu di Mahkamah Persekutuan
Pihak terbabit dalam kes berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, masih mempunyai hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC

KKM tidak setuju rayuan longgar syarat prosedur perkhidmatan kecantikan oleh industri - Khairy
Menurut Khairy, beberapa prosedur perkhidmatan yang diamalkan oleh pemain industri berkenaan dilihat mempunyai risiko kesihatan tertentu.

Penularan gelombang varian Omicron BA.5 di negara kecil - Khairy
Gelombang COVID-19 akibat penularan subvarian Omicron BA.5 di Malaysia adalah kecil dan terkawal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Keputusan RUU kawalan tembakau dan rokok ditangguh, pastikan tiada campur tangan industri - Green Lung
Dua juta nyawa boleh diselamatkan sekiranya RUU dan Pelaksanaan GEG dilaksanakan.

RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen
Khairy Jamaluddin mempengerusikan JPK yang turut diwakili enam Ahli Parlimen dari kerajaan dan enam Ahli Parlimen pembangkang.

Anwar minta RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke Jawatakuasa Khas Pilihan Parlimen.

Setiap peruntukan GEG dinilai jawatankuasa bebas, lapor terus ke Parlimen - Khairy
Jawatankuasa bebas itu akan menyemak dan menilai semua peruntukan di bawah RUU, termasuk kawalan yang melibatkan generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Kadar denda GEG dikurangkan kepada RM500 - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan pengurangan denda standard untuk Generational End Game (GEG) dalam Akta daripada RM5,000 kepada RM500.

RUU kawal produk tembakau tidak jejaskan ekonomi negara
Industri tembakau hanya memberi kesan sebanyak 0.18 peratus sahaja terhadap keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

GEG: Khairy jamin jawatankuasa khas nilai keberkesanan RUU, lapor terus kepada Parlimen
Khairy berkata, mana-mana Ahli Parlimen yang tidak sokong, diminta untuk tidak ganggu laluan RUU tersebut.

Kesalahan merokok untuk GEG bukan jenayah, purata denda RM50 sahaja - Khairy
Khairy berkata, purata denda untuk merokok di bawah umur ialah RM50, manakala purata denda di mahkamah hanyalah RM200