awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penglibatan militan Syria: MCA minta polis siasat semua ahli PAS

Haider Yutim
Haider Yutim
27/06/2014
10:46 MYT
Penglibatan militan Syria: MCA minta polis siasat semua ahli PAS
MCA juga menggesa agar rakyat Malaysia yang terlibat dalam sebarang aktiviti militan dan organisasi pengganas, dilucutkan kerakyatannya.
MCA hari ini meminta pihak polis membuat pemeriksaan ke atas semua ahli PAS berikutan terdapat bekas pemimpinnya yang didakwa terlibat menyertai pergerakan jihad di Syria.
Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen juga menggesa agar rakyat Malaysia yang terlibat dalam sebarang aktiviti militan dan organisasi pengganas, dilucutkan kerakyatannya.
"Pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) harus memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruhnya telah menyerap ke dalam parti dan jika pejuangan Jihad yang dilaungkan oleh Lotfi mempunyai kesan ke atas parti meskipun dia telah disingkir oleh PAS," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau mengulas mengenai laporan akhbar The Star berkenaan bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin telah dikenal pasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti itu.
Chai menyifatkan tindakan tersebut sebagai mengkhianati negara dan perlu diberi hukuman berat.
Katanya kes Lotfi itu juga harus disiasat dan diambil tindakan segera kerana ia melibatkan keselamatan negara.
Selain itu, beliau juga meminta PAS, pihak polis dan ROS membuat siasatan terperinci tentang latar belakang ahli-ahli PAS untuk memastikan tidak berlakunya perbuatan mengkhianati negara.
Tambahnya penglibatan Lotfi dalam militan luar itu telah memberi kesan buruk kepada reputasi kepada Malaysia sebagai negara yang moderat dan menyebabkan kekacauan di dalam negara.
Topic Berkaitan
#Chai Kim Sen
#Lotfi Ariffin
#MCA
#PAS
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan