awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengoperasian CIQ BSI, KSAB semakin cekap - MB Johor

Bernama
Bernama
04/07/2023
15:40 MYT
Pengoperasian CIQ BSI, KSAB semakin cekap - MB Johor
Onn Hafiz berkata beliau menerima maklum balas yang positif berhubung kecekapan dan kesiapsiagaan pengoperasian di kedua-dua pintu masuk itu. - Gambar Facebook Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Pengoperasian Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri dilihat semakin cekap dan baik.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau menerima maklum balas yang positif berhubung kecekapan dan kesiapsiagaan pengoperasian di kedua-dua pintu masuk itu.
Beliau berkata isu kesesakan di laluan antara Johor dan Singapura itu dapat ditangani dengan lebih baik dan berkesan dengan kerjasama strategik dan berterusan daripada semua pihak.
"Meskipun isu kesesakan ini semakin baik di kedua-dua CIQ, ini tidak bermakna kita semua sudah boleh berpeluk tubuh.
"Komitmen perlu diteruskan dan tahap kesiapsiagaan perlu dikekalkan bagi memastikan operasi keluar masuk sempadan negara sentiasa lancar agar ia dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan pengembara serta meningkatkan imej Johor dan Malaysia di mata dunia," katanya menerusi hantaran di laman Facebook, malam ini.
Onn Hafiz pada masa sama turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi yang telah membantu memastikan kelancaran di kedua-dua CIQ tersebut.
Sementara itu, dalam hantaran berlainan, beliau berkata kerajaan negeri memberi sokongan berterusan dalam memelihara ekopelancongan seperti di Kampung Sungai Melayu di Iskandar Puteri, yang mempunyai tarikan paya bakau serta sungai dengan keadaan persekitaran perkampungan nelayan.
Menteri Besar berkata sungai yang dikelilingi kawasan paya bakau di kampung itu turut menjadi tumpuan mahasiswa dan penyelidik daripada universiti tempatan serta luar negara bagi menjalankan kajian mengenai habitat bakau.
"Lokasi pelancongan seumpama itu bukan sahaja dapat memberikan manfaat dan ilmu kepada pengunjung tetapi juga kelebihan daripada sudut ekonomi kepada penduduk tempatan termasuk nelayan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CIQ
#KSAB
#BSI
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan