Skip to main content
Advertisement

Sukan

Sukan Asia: Hashimi dari Afghanistan raih perak lumba basikal lebuh raya wanita

Asian Games - Aichi-Nagoya 2026 - Road Cycling - Women's Road Race - Final - Shinshiro Cycling Road Course, Shinshiro, Japan - September 22, 2026 Silver medallist Afghanistan's Fariba Hashimi celebrates with teammates Yuldoz Hashimi and Zahra Rezayee during the victory ceremony REUTERS/Bryan Foo
Fariba Hashimi (tengah) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan Yulduz Hashimi dan Zahra Rezayee semasa majlis penyampaian pingat acara final lumba basikal lebuh raya wanita Sukan Asia Aichi-Nagoya di Shinshiro, Jepun, 22 Sept 2026. REUTERS
Advertisement

NAGOYA (JEPUN): Fariba Hashimi dari Afghanistan memenangi pingat perak acara lumba basikal lebuh raya wanita pada Sukan Asia Aichi-Nagoya pada Selasa dan berharap kejayaannya dapat memberi inspirasi kepada golongan wanita di negara asalnya yang berdepan sekatan terhadap hak mereka, lapor Kyodo News.

“Saya datang ke Sukan Asia dengan impian untuk menang dan berdiri di podium mewakili negara saya. Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya sekarang,” kata Hashimi selepas perlumbaan di Shinshiro, Wilayah Aichi.

Hashimi tewas tipis kepada Li Guo dari China selepas kedua-duanya mencatat masa dua jam, 50 minit dan lima saat, manakala Leung Wing Yee dari Hong Kong menduduki tempat ketiga, ketinggalan 41 saat.

Atlet berusia 23 tahun itu mula berbasikal ketika berusia kira-kira 15 tahun.

Hashimi meninggalkan Afghanistan selepas Taliban kembali berkuasa pada 2021 dan kini menetap serta menjalani latihan di Itali.

Beliau beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 bersama kakaknya Yulduz Hashimi, yang menamatkan perlumbaan Sukan Asia pada Selasa di tempat ke-29.

“Pingat perak ini dapat menunjukkan ketabahan wanita Afghanistan... Semua wanita ini memberi saya kekuatan untuk terus berusaha,” katanya.

Dalam perkembangan lain, skuad kriket wanita India mempertahankan gelaran Sukan Asia selepas menewaskan Sri Lanka pada perlawanan akhir untuk meraih pingat emas pertama negara itu pada temasya berkenaan.

-- BERNAMA-KYODO

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement