Skip to main content
Advertisement

Malaysia

AKM perluas penghayatan nilai Malaysia MADANI kepada komuniti pemandu teksi

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ (๐Œ๐€๐“) ๐Š๐„-๐Ÿ– ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐๐ƒ๐” ๐“๐„๐Š๐’๐ˆ ๐’๐„๐๐€๐๐†  ๐Ÿ๐Ÿ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š | ๐‹๐š๐›๐ฎ ๐‹๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ, ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ _FB Akademi Kenegaraan Malaysia
AKM memperluas penghayatan nilai Malaysia MADANI kepada pelbagai lapisan masyarakat menerusi pendekatan libat urus bersama komuniti, termasuk golongan pemandu teksi. - Foto Facebook/Akademi Kenegaraan Malaysia
Advertisement

PUTRAJAYA: Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) memperluas penghayatan nilai Malaysia MADANI kepada pelbagai lapisan masyarakat menerusi pendekatan libat urus bersama komuniti, termasuk golongan pemandu teksi.

AKM memaklumkan lebih 100 pemandu teksi di Sepang, Selangor menyertai pengisian kenegaraan menerusi kempen "Aku Kasih Malaysia" yang diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pemandu Teksi Sepang di Labu Lanjut.

"Program yang dirasmikan Ketua Pengarah AKM Datuk Dr Roslan Hussin antara lain memberi penekanan kepada nilai Malaysia MADANI, selain meningkatkan kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab setiap anggota masyarakat serta pembangunan negara.

"Penglibatan pemandu teksi dalam program berkenaan adalah signifikan memandangkan komuniti itu berinteraksi secara langsung dengan pelbagai lapisan masyarakat serta pelancong tempatan dan antarabangsa,โ€ menurut AKM dalam kenyataan pada Selasa. 

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Sepang Mazlan Md Isa dalam kenyataan sama berkata pemandu teksi bukan sahaja menyediakan perkhidmatan pengangkutan, tetapi juga membawa imej negara menerusi interaksi dan perkhidmatan yang diberikan kepada penumpang.

"Dalam konteks ini, kami boleh memainkan peranan sebagai duta kecil negara melalui interaksi dan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat. Tanggungjawab kepada negara perlu diterjemahkan melalui peranan dan sumbangan kita sebagai rakyat," katanya.

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video

Advertisement