awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguatkuasaan operasi bersepadu beras putih tempatan dilanjutkan sehingga 17 Nov

Bernama
Bernama
03/11/2023
22:30 MYT
Penguatkuasaan operasi bersepadu beras putih tempatan dilanjutkan sehingga 17 Nov
Sehingga 1 Nov lepas, pihak penguat kuasa berkaitan menjalankan 196 pemeriksaan premis melibatkan 71 kilang, 113 pemborong dan 12 peruncit di Semenanjung Malaysia. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Langkah penguatkuasaan pasukan petugas menerusi Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Beras Putih Tempatan (OP BPT) yang dilaksanakan sejak awal Oktober, dilanjutkan sehingga 17 November ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.
Beliau berkata pelanjutan tempoh itu bagi mempergiatkan operasi terutama di Sabah dan Sarawak susulan timbul isu penyeludupan beras putih import (BPI) ke negara jiran.
Chan berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Mingguan Pasukan Petugas OP BPT Bilangan ke-5 yang diadakan pada Khamis di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
"Melalui pelanjutan tempoh ini, penguatkuasaan secara bersepadu akan terus dijalankan di pintu masuk sempadan Sabah dan Sarawak serta diperketatkan lagi melalui pasukan petugas ini bagi mengelakkan ketirisan subsidi dan pembaziran wang negara," katanya dalam kenyataan semalam.
Dalam pada itu, Chan yang juga Pengerusi Pasukan Petugas OP BPT berkata sehingga 1 Nov lepas, pihak penguat kuasa berkaitan telah menjalankan 196 pemeriksaan premis melibatkan 71 kilang, 113 pemborong dan 12 peruncit di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata sehingga kini tiga kes sedang disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan sembilan kes di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Kementerian juga ingin mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menukar kampit atau mencampurkan BPT dengan BPI, menyeludup keluar BPI atau menyembunyikan bekalan BPT," katanya.
Orang ramai yang mempunyai aduan atau maklumat berkenaan isu bekalan beras, boleh menyalurkannya melalui talian penting aduan 03-8870 2393/2207.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beras putih tempatan
#chan foong hin
#beras putih import
#seludup beras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan