awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor peruntuk RM10 juta selenggara jalan kritikal
SpaceX alihkan tumpuan bina bandar di Bulan berbanding projek Marikh - Musk
Seleweng dana pusat dakwah: SPRM rakam percakapan pendakwah bebas, ketua jabatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguatkuasaan SOP perlu ada penyelarasan supaya tidak bertindan - EAC

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2021
00:21 MYT
Penguatkuasaan SOP perlu ada penyelarasan supaya tidak bertindan - EAC
NOOR AZLAN: Sesetengahnya berkata, dalam satu hari, ada dua tiga lawatan. Jadi, kerjanya menerima penguatkuasaan sahaja. Kadang-kadang, terjemahan takrifan itu juga berbeza-beza. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Selain penetapan prosedur operasi standard (SOP) terhadap sektor-sektor yang dibenarkan dibuka di bawah Pelan Pemulihan Negara, gerak kerja penguatkuasaan perlu ada penyelarasan.
Ia perlu, kata Pengarah Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, supaya tidak berlaku pertindanan dalam tindakan.
"Penyelarasan melibatkan pelbagai agensi. Kita ada imigresen, kita ada PBT (pihak berkuasa tempatan), kita ada MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), kita ada PDRM (Polis Diraja Malaysia).
"Industri memaklumkan, sekiranya pemantauan ini tidak diselaraskan, maka kita akan dapat pertindihan," katanya dalam program Bual Bicara Agenda AWANI pada Isnin.
"Sesetengah mereka (industri) memberitahu saya, dalam satu hari, ada dua tiga lawatan. Jadi, kerja dia menerima penguatkuasaan sahaja.
"Dan kadang-kadang, terjemahan takrifan itu juga berbeza-beza. Jadi, ia (penyelarasan) penting," tambahnya.
Noor Azlan berkata, perkara berhubung penyelarasan penguatkuasaan SOP tersebut telah disampaikan kepada pihak berkenaan.
"Dalam konteks ini, maklumat ini telahpun diangkat.
"Pihak kerajaan akan menyelaraskan dan memastikan SOP ini viable, realistik, dan pemantauan dapat dibuat dengan lebih kemas dan teratur," katanya.
BACA: Pembukaan sektor perlu bersama seluruh rantaian bekalan, dengan sistematik - Noor Azlan
Selain SOP, penguatkuasaan juga harus ada penyelarasan - Dr. Noor Azlan
TAMAT
Topic Berkaitan
#Noor Azlan Ghazali
#SOP
#MITI
#ekonomi
#penguatkuasaan
#pertindanan
#pertindihan
#penyelarasan
#Pelan Pemulihan Negara
#Majlis Tindakan Ekonomi
#EAC
#takrifan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan