PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, akan ada pengumuman mengenai pelaburan yang besar berkaitan bidang digital di Malaysia dalam masa terdekat.
"Bukan sahaja pengumuman itu adalah satu berita baik kepada ekonomi negara, tetapi ia perlu disambut dan dijadikan sebagai satu pemangkin untuk kita mempercepatkan segala perancangan yang ada dalam rangka tindakan ekonomi digital negara," katanya pada perjumpaan bulanan bersama warga kementerian, di sini hari ini.
Rafizi berkata, selain itu, kementerian akan menganjurkan hackathon kebangsaan pada bulan depan sebagai sebahagian daripada usaha kementerian itu untuk mengarus perdana inovasi melibatkan sebanyak mungkin penyertaan.
"Ini berikutan sebelum ini, inovasi dilihat sebagai satu bahagian kecil, hanya untuk orang tertentu sahaja. Sedangkan untuk ekonomi kita berkembang maju, kita perlukan satu kumpulan yang boleh menyumbang dalam produk dan perkhidmatan yang berinovasi tinggi, barulah boleh disambut dengan baik oleh segala bantuan dan sistem yang telah kita ada dalam sektor awam dan swasta," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Rafizi berkata, kerajaan tidak akan campur tangan dalam siasatan berhubung isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS) bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan untuk melakukan siasatan.
"Pihak berkuasa yang bertanggungjawab ada kebebasan sepenuhnya untuk menyiasat. Biar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara, pendakwa raya dan hakim siasat dengan tangan yang bebas kerana tidak ada campur tangan," katanya ketika ditanya sama ada siasatan masih perlu diteruskan.
Pada 4 Ogos lepas, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan telah selesai mengadakan sembilan prosiding berhubung isu LCS dengan memanggil beberapa saksi.
Hasil prosiding itu mendapati kontrak projek LCS diberikan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd secara rundingan terus dengan kerajaan membayar RM6.083 bilion, namun tiada satu pun kapal LCS disiapkan. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023
Menurut Rafizi, pengumuman itu adalah satu berita baik kepada ekonomi negara dan perlu disambut dan dijadikan pemangkin untuk kita mempercepatkan segala perancangan yang ada dalam rangka tindakan ekonomi digital negara. - Gambar BERNAMA
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind
Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Kerajaan jangka lebih banyak pelaburan digital pada 2025 - Gobind
Kerajaan menjangka lebih banyak kemasukan pelaburan digital ke Malaysia pada 2025, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Pelaburan digital RM185.3 bilion diluluskan untuk tempoh 2021-Jun 2024 - PM Anwar
Pelaburan digital berjumlah RM185.3 bilion telah diluluskan daripada 2021 hingga Jun 2024 termasuk projek daripada syarikat terkemuka seperti NVIDIA dan Amazon Web Services (AWS).
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Pengumuman pelaburan besar digital di Malaysia dalam masa terdekat - Rafizi
Pengumuman itu perlu dijadikan pemangkin untuk mempercepatkan segala perancangan dalam rangka tindakan ekonomi digital negara
MDEC sasar pelaburan digital RM49 bilion menjelang 2025
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasarkan pelaburan digital bernilai RM49 bilion menjelang 2025 sekali gus mewujudkan 49,000 peluang pekerjaan.
Malaysia raih pelaburan digital RM7.2 bilion pada separuh pertama 2022 - Annuar
Pelaburan itu terdiri daripada pelaburan digital langsung asing dan pelaburan digital langsung domestik yang dijangka mewujudkan hampir 10,000 peluang pekerjaan.
ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.