Seorang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih memfailkan saman pemula terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun.
Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, pengundi berkenaan, Puan Sri Sabariah Mohd Shariff, 58 tahun, yang diwakili firmanya, Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co itu turut menamakan SPR dan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Jelasnya, ia menuntut pelbagai deklarasi, antaranya pengisytiharan bahawa suruhanjaya itu tidak wujud dari segi undang-undang.
"Saman ini baru diabstrak oleh mahkamah melalui sistem e-filing, jadi kita belum dapat tarikh pendengarannya.
"Kita memfailkan tiga dokumen, yang pertama saman pemula, kemudian efidavit sokongan dan satu lagi perakuan segera.
"Jadi sebaik sahaja kita sahkan dapat kesemua ini sebab PRK Semenyih ini penamaan calonya akan diadakan pada 16 Februari ini. Jadi kita perlu mahkamah ini segera menetapkan tarikh bicara, kami bersedia, esok atau lusa, seawal-awalnya lusa untuk mendengar permohonan ini, perbicaraan ini supaya mahkamah dapat membuat keputusan sebelum 16 Februari," katanya semasa sidang media selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini, pada Isnin.
Jelas Khairul Azam, Fasal 114(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa SPR mestilah terdiri daripada gabungan seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan lima orang ahli yang kesemuanya di lantik oleh Yang Di Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
"Setakat 18 Januari, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong tidak ada membuat lantikan Timbalan Pengerusi dan lima ahli lain.
"Plaintif percaya di sebabkan SPR tidak lagi wujud selepas 1 Januari 2019, maka Pengerusi SPR seorang diri tidak boleh kendalikan,diagihkan atau laksanakan apa-apa mesyuarat atau membuat apa-apa keputusan untuk mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N24 Semenyih.
"SPR tidak wujud secara sah mengikut Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, tiada sebarang PRK DUN N24 Semenyih boleh dibuat. Bahawa apa kenyataan SPR bermula dari 1 Januari 2019 adalah tidak sah dan batal mengikut undang-undang," ujarnya.
Justeru, beliau berkata, pihaknya sudah memfailkan perakuan segera untuk memastikan supaya hujahan pihak-pihak boleh didengar dengan secepat mungkin.
Pada 21 September lalu, Azhar, dilantik menjadi Pengerusi SPR, selepas bekas Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, memendekkan tempoh perkhidmatannya berkuat kuasa 1 Julai.
Bagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, Azhar mengumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood, memendekkan tempoh perkhidmatannya berkuat kuasa pada 1 Januari 2019, selaras dengan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Turut memendekkan tempoh perkhidmatan ialah empat Ahli SPR iaitu Datuk Md Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi dan Datuk Leo Chong Cheong.
Azhar berkata, keputusan pemendekan tempoh perkhidmatan itu dicapai dan dipersetujui oleh mereka pada satu perbincangan yang diadakan pada 15 Oktober lalu, iaitu sebelum berita mengenai penubuhan tribunal khas disiarkan oleh media pada 17 Oktober lalu.
Pada 13 Januari lalu, Azhar dilaporkan berkata kekosongan jawatan Ahli SPR ketika ini tidak mengganggu atau menjejaskan fungsinya, serta tidak akan mewujudkan masalah kepada suruhanjaya itu untuk menguruskan PRK Semenyih.
Pada masa sama, Azhar berkata beliau kurang pasti mengenai status pelantikan ahli baharu SPR kerana ia tidak termasuk dalam bidang kuasanya.
PRK Semenyih akan diadakan pada 2 Mac depan. Hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Februari manakala tarikh pengundian awal pada 26 Februari ini.
Wan Syamsul Amly
Mon Feb 11 2019

Seorang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih memfailkan saman pemula terhadap Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

DAP jangka PRU15 diadakan tahun depan
DAP menjangka Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun depan, kata setiausaha agungnya Anthony Loke.

Misteri bau busuk terjawab, JAS temui tapak pembuangan sisa kimia haram
Pemeriksaan JAS di Kampung Semarang berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Jenuk, Sepang mendapati lebih 100 tong besi berisi bahan kimia dipercayai dibuang di lokasi berkenaan.
![[TERKINI] Sidang media Menteri Alam Sekitar dan Air [TERKINI] Sidang media Menteri Alam Sekitar dan Air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976616/thumbnails/4194787531657012112327_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Menteri Alam Sekitar dan Air
Ikuti Sidang Media Khas bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai Pencemaran Bau di Jenderam Hilir.

Pesara guru wanita maut ditikam anak lelaki
Seorang warga emas maut selepas dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh di sini, petang tadi.

8 syarikat didenda RM1.548 juta terlibat dalam aktiviti tipu bida projek Aswara
Lapan syarikat berkenaan didapati bersekongkol untuk mendapatkan projek tersebut, sekali gus melanggar Akta Persaingan 2010.

Banjir Baling: Dakwaan tanaman durian jadi punca, Ahli Parlimen desak projek dihenti
Penduduk di kawasan sekitar telah menghantar memorandum bantahan projek itu kepada Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat 'Keluarga Dunia'
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan, serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pasca pandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Bapa mangsa kelar tidak simpan dendam kepada menantu
Walaupun kematian anak dan cucu, Rosman Ahmad tidak berdendam kepada menantunya, yang menjadi suspek kepada pembunuhan kejam. Walaupun suspek mengelar leher kedua-dua mangsa, Rosman yakin apa yang berlaku adalah di luar kawalan menantunya.

Malaysia-Turki | PM tiba di Istanbul bagi lawatan rasmi empat hari
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (ISG) bagi memulakan lawatan rasmi empat hari ke Turki atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Banjir Baling | PM arah salur bantuan segera kepada mangsa
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan bantuan segera disampaikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir di Baling, Kedah. Perdana Menteri yang kini berada di Turki untuk lawatan rasmi, berkata beliau turut mengarahkan setiausaha politik, Datuk Mohammad Anuar mewakilinya, untuk turun ke kawasan bencana bagi meninjau dan memastikan bantuan disalurkan secepatnya kepada mangsa.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Azhar nafi PM halang usul undi tidak percaya dibahas di Dewan Rakyat
Azhar turut berkata berdasarkan rekod Dewan Rakyat sebelum ini, usul yang sama pernah dikemukakan dan tidak dihalang.

Dewan Rakyat maklumkan kekosongan kerusi Batu Sapi
Ia berikutan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada Jumaat lalu.

Azalina jelaskan mahkamah tiada kuasa ke atas urusan Parlimen
Azalina berkata kesahan apa-apa prosiding di Parlimen atau dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dicabar di mahkamah.

Kimanis Memilih: Sembilan anggota polis mengundi awal esok
Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata, semua anggota terbabit akan mengundi di Bilik Gerakan, Balai Polis Membakut.

Parlimen Kimanis: SPR akur keputusan mahkamah
SPR akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen Kimanis.

PRK Sandakan: 270 anggota polis akan mengundi awal esok
Seramai 270 pengundi awal terdiri daripada anggota polis akan mengundi awal esok bagi PRK Parlimen Sandakan.

Pengerusi SPR kongsi kenangan bersama Sudirman
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkongsi gambar sehelai wang kertas RM1 lama di laman sosialnya yang disifatkan sebagai kenangan terindah bersama Sudirman.

Tak elok buat begini - Azhar Harun
Apakah motif utama penyebaran maklumat palsu berkaitan seksyen di dalam Kanun Keseksaan?

Pengundi di Semenyih fail saman pemula terhadap SPR
Seorang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih memfailkan saman pemula terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun.