awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengunjung Zoo Melaka cedera dihempap pokok tumbang

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
23/01/2023
01:00 MYT
Pengunjung Zoo Melaka cedera dihempap pokok tumbang
Pihak Zoo Melaka dan agensi berkaitan ketika membersihkan kawasan berkenaan. - Foto PDRM
AYER KEROH: Percutian sebuah keluarga bersiar-siar di Zoo Melaka bertukar tragedi apabila tercedera selepas dihempap pokok tumbang ketika berkunjung ke lokasi pelancongan itu semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, seorang lelaki yang berusia 43 tahun patah kaki, manakala isteri dan anak lelakinya masing-masing berusia 40 dan enam tahun mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian itu berlaku ketika tiga sekeluarga itu sedang berada kawasan kandang harimau.
“Sebelum itu mereka ini menaiki kenderaan disediakan pihak zoo untuk bersiar-siar melihat pameran haiwan pada jaml 2.05 petang dan sebaik tiba di kawasan kejadian pada jam 2.40 petang, tiba-tiba sebatang pokok tumbang.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa lelaki patah kaki kanan manakala isteri dan anaknya hanya mengalami cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut manakala pihak Zoo Melaka dan agensi berkaitan telah mengambil langkah pantas membersihkan kawasan berkenaan.
Ends
Topic Berkaitan
#Zoo Melaka
#Pokok tumbang
#cedera
#kandang harimau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan