awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid
Lagi pegawai kanan tentera ditahan, disyaki terlibat rasuah
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurangan 25 peratus cukai taksiran bagi kediaman mampu milik - PM Anwar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
23/06/2023
12:38 MYT
Pengurangan 25 peratus cukai taksiran bagi kediaman mampu milik - PM Anwar
Kata Anwar, usaha itu secara tidak langsung mengurangkan beban kos sara hidup bagi mereka yang berada dalam golongan B40 dan M40 di kawasan berkenaan. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju memberikan pengurangan sebanyak 25 peratus bagi pembayaran cukai taksiran harta bagi kategori kediaman rumah mampu milik di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Perdana Menteri menjelaskan, pelaksanaan itu melibatkan projek perumahan yang siap selepas 2014 dan bakal memanfaatkan 25,677 pemilik rumah mampu milik.
"Pengurangan itu membabitkan pengurangan hasil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak RM2.07 juta dalam tempoh setahun.
"Selepas mendengar keluhan rakyat di peringkat bawahan yang meminta diberikan pengurangan, saya bersetuju memberi pengurangan ini untuk pemilik rumah mampu milik.
“Kategori pemilik rumah mampu milik yang layak bagi inisiatif ini adalah RUMAWIP, PRIMA, PPAM dan Residensi Wilayah di Kuala Lumpur,” katanya semasa berucap pada Sesi Temu Mesra bersama Pemilik Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.
Kata Anwar, usaha itu secara tidak langsung mengurangkan beban kos sara hidup bagi mereka yang berada dalam golongan B40 dan M40 di kawasan berkenaan.
Beliau dalam masa sama juga mengharapkan pemilik kediaman komited dalam melangsaikan pembayaran cukai taksiran bagi memastikan pihak DBKL sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Dalam majlis sama, Anwar turut merasmikan bangunan tempat letak kereta Taman Tasik Metropolitan Kepong.
Topic Berkaitan
#golongan B40
#Anwar Ibrahim
#DBKL
#cukai taksiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan