KUALA LUMPUR: Pengurniaan darjah kebesaran kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dijangka meningkatkan lagi keakraban dan persahabatan antara Johor dan Singapura yang telah terjalin sejak sekian lama.
Bahkan, ia juga dijangka merancakkan lagi ekonomi Johor dan Singapura memandangkan sempadan negara di Tambak Johor sudah dibuka selepas lama ditutup akibat COVID-19.
Presiden Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee berkata, PAMJ berharap pimpinan baharu Johor akan terus menjalinkan hubungan yang sedia erat demi kesejahteraan sejagat kedua-dua pihak.
"PAMJ juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura di atas kesudian beliau menerima pengurniaan ini di atas peranan beliau selama ini dalam terus mengeratkan hubungan Johor dan Singapura.
"Hubungan yang sedia erat serta istimewa ini yang saling kebergantungan di antara satu sama lain diharapkan akan terus berkembang maju demi kemakmuran bersama Johor dan Singapura," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mengurniakan darjah kebesaran tertinggi kepada Hsien Loong, dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Besar di sini, baru-baru ini.
BACA: Sultan Johor kurnia darjah kebesaran tertinggi kepada PM Singapura
Sultan Ibrahim bertitah pengurniaan itu terus mengukuhkan hubungan persahabatan erat Johor dan Singapura yang terjalin sekian lama.
Baginda berkenan mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) yang membawa gelaran “Datuk” kepada Perdana Menteri Singapura.
Pada majlis istiadat yang sama, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Datuk Seri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) kepada isteri Perdana Menteri Singapura, Puan Ho Ching yang membawa gelaran “Datin Paduka”.
Astro Awani
Sat May 07 2022

Syed Hussien berharap pimpinan baharu Johor akan terus menjalinkan hubungan yang sedia erat demi kesejahteraan sejagat kedua-dua pihak. - Gambar fail/BERNAMA

Hadkan eksport syarikat minyak kelapa sawit - Anwar Ibrahim
Anwar turut mengambil contoh sebuah syarikat yang menurutnya mencapai keuntungan sebanyak RM2.26 bilion pada tahun lalu.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [6 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [6 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976712/37006374821657069009128.0000008_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [6 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Nursyazwani Saiful Sham dan Afiezy Azaman dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha #AWANInews #MalaysiaSihat

Banjir Baling: Tandak takungan pecah dipercayai punca kepala air
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh tandak takungan berkenaan hilang upaya untuk menakung air yang banyak dan laju.

COVID-19: Subvarian Omicron BA.4, BA.5 kian menular di AS
Kedua-dua subvarian Omicron itu membentuk 70.1 peratus daripada varian koronavirus di negara itu setakat 2 Julai.

Boris Johnson mohon maaf isu skandal anggota kanan kerajaan
Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap ahli parlimen Chris Pincher.

Politik Britain | Nadhim Zahawi dilantik Menteri Kewangan, ganti Rishi Sunak
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melantik Nadhim Zahawi sebagai Menteri Kewangan baharu pada Selasa menggantikan Rishi Sunak yang meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinannya.

COVID-19 | Sub-Varian Omicron tular dengan pantas di AS
Sub-Varian COVID-19 Omicron BA.4 dan BA.5 menular dengan pantas di Amerika Syarikat (AS). Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, BA.4 membentuk 16.5 peratus daripada varian manakala BA.5 menyumbang 53.6 peratus daripada kesemua varian di negara itu.

COVID-19 | Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Bandar Shanghai umum dua pusingan baharu ujian COVID-19 besar-besaran terhadap 25 juta penduduknya dalam tempoh tiga hari. Ia susulan laporan jangkitan di pusat karaoke minggu lalu.

Politik Britain | Dua Menteri Kanan letak jawatan serentak
Peletakan jawatan dua Menteri Kabinet Kanan Britain memberi tekanan dan mampu menamatkan kepimpinan Perdana Menteri, Boris Johnson selepas terpalit beberapa dakwaan skandal. Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan, Sajid Javid meletak jawatan selang beberapa minit antara satu sama lain.

Politik Britain | Boris Johnson mohon maaf skandal anggota kanan kerajaan
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memohon maaf atas pengendaliannya terhadap dakwaan salah laku seksual oleh anggota kanan kerajaannya. Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap Ahli Parlimen, Chris Pincher yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Whip ketika mana heboh diperkatakan dia meraba dua lelaki di sebuah kelab persendirian.

Singapura mahu terus perkukuh hubungan dengan Malaysia
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berharap untuk membina hubungan lebih kukuh antara republik itu dan Malaysia.

Malaysia, Singapura sepakat terus perkukuh hubungan dua hala
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan tindak balas terhadap cabaran keselamatan serantau seperti keselamatan siber dan maritim.

Lawrence Wong dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura
Lee Hsien Loong melalui laman Instagramnya mengumumkan, pelantikan Wong merupakan sebahagian rombakan kabinet, berkuat kuasa 13 Jun ini.

Khairy dijadual ke Singapura sebagai Felo Pertukaran Lee Kuan Yew mulai 31 Mei
Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin akan berada di Singapura sebagai Felo Pertukaran Lee Kuan Yew dari 31 Mei hingga 3 Jun 2022, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu.

PM Malaysia, Singapura bertemu di Tokyo bincang pemukiman
Malaysia, kata Ismail Sabri, akan menjadi tuan rumah bagi pemukiman dengan negara jiran itu pada tahun ini.

Halang kemasukan Abdul Somad: Akaun media sosial pemimpin, agensi Singapura dispam
Akaun media sosial beberapa pemimpin politik dan agensi kerajaan di Singapura telah dispam pengikut kepada seorang penceramah Indonesia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura pada Isnin.

Pengurniaan darjah kebesaran akrabkan hubungan Johor, Singapura
Ia juga dijangka merancakkan lagi ekonomi Johor dan Singapura memandangkan sempadan negara di Tambak Johor sudah dibuka selepas lama ditutup akibat COVID-19.

Sultan Johor kurnia darjah kebesaran tertinggi kepada PM Singapura
Sultan Ibrahim bertitah pengurniaan itu terus mengukuhkan hubungan persahabatan erat Johor dan Singapura yang terjalin sekian lama.

PM Lee, isteri bakal terima darjah kebesaran negeri Johor
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching bakal dianugerahkan darjah kebesaran utama negeri Johor daripada Sultan Ibrahim Iskandar dalam satu majlis di Johor pada Jumaat (6 Mei).

Nagaenthran telah lalui proses perundangan sewajarnya - Jawapan pemimpin Singapura kepada rakan sejawatan di Malaysia
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) dalam satu kenyataan menjawab pertanyaan media mengenai surat rayuan daripada pemimpin Malaysia mengenai pelaksanaan kehakiman Nagaenthran.