JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mengurniakan darjah kebesaran tertinggi kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Besar di sini, hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah pengurniaan itu terus mengukuhkan hubungan persahabatan erat Johor dan Singapura yang terjalin sekian lama.
“Hubungan Johor dan Singapura terjalin sekian lama dan pengurniaan darjah kebesaran tertinggi dari Istana Johor ini terus mengukuhkan hubungan dua hala.
“Saya juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura di atas peranan beliau selama ini dalam terus mengeratkan hubungan Singapura dan Johor,” titahnya.
Baginda berkenan mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) yang membawa gelaran “Datuk” kepada Perdana Menteri Singapura.
Pada majlis istiadat yang sama, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Datuk Seri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) kepada isteri Perdana Menteri Singapura, Puan Ho Ching yang membawa gelaran “Datin Paduka”.
Siti Nur Aqilla Omar
Fri May 06 2022

Sultan Ibrahim bertitah pengurniaan itu terus mengukuhkan hubungan persahabatan erat Johor dan Singapura yang terjalin sekian lama. - Foto Royal Press Office

Hadkan eksport syarikat minyak kelapa sawit - Anwar Ibrahim
Anwar turut mengambil contoh sebuah syarikat yang menurutnya mencapai keuntungan sebanyak RM2.26 bilion pada tahun lalu.

Banjir Baling: Tandak takungan pecah dipercayai punca kepala air
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh tandak takungan berkenaan hilang upaya untuk menakung air yang banyak dan laju.

COVID-19: Subvarian Omicron BA.4, BA.5 kian menular di AS
Kedua-dua subvarian Omicron itu membentuk 70.1 peratus daripada varian koronavirus di negara itu setakat 2 Julai.

Boris Johnson mohon maaf isu skandal anggota kanan kerajaan
Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap ahli parlimen Chris Pincher.

Politik Britain | Nadhim Zahawi dilantik Menteri Kewangan, ganti Rishi Sunak
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melantik Nadhim Zahawi sebagai Menteri Kewangan baharu pada Selasa menggantikan Rishi Sunak yang meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinannya.

COVID-19 | Sub-Varian Omicron tular dengan pantas di AS
Sub-Varian COVID-19 Omicron BA.4 dan BA.5 menular dengan pantas di Amerika Syarikat (AS). Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, BA.4 membentuk 16.5 peratus daripada varian manakala BA.5 menyumbang 53.6 peratus daripada kesemua varian di negara itu.

COVID-19 | Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Bandar Shanghai umum dua pusingan baharu ujian COVID-19 besar-besaran terhadap 25 juta penduduknya dalam tempoh tiga hari. Ia susulan laporan jangkitan di pusat karaoke minggu lalu.

Politik Britain | Dua Menteri Kanan letak jawatan serentak
Peletakan jawatan dua Menteri Kabinet Kanan Britain memberi tekanan dan mampu menamatkan kepimpinan Perdana Menteri, Boris Johnson selepas terpalit beberapa dakwaan skandal. Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan, Sajid Javid meletak jawatan selang beberapa minit antara satu sama lain.

Politik Britain | Boris Johnson mohon maaf skandal anggota kanan kerajaan
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memohon maaf atas pengendaliannya terhadap dakwaan salah laku seksual oleh anggota kanan kerajaannya. Johnson berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang beliau tahu tentang dakwaan salah laku sebelum ini terhadap Ahli Parlimen, Chris Pincher yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Whip ketika mana heboh diperkatakan dia meraba dua lelaki di sebuah kelab persendirian.

Perang Rusia-Ukraine | Turkiye mahu tingkat rundingan bersama
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhasrat untuk memperhebatkan rundingan bersama Rusia dan Ukraine. Hasrat itu adalah dengan mencapai perjanjian mengenai rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeksport bijirin Ukraine ke pasaran dunia.

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor boleh beri kenyataan apa sahaja, itu hak baginda - Tun Mahathir
Jelasnya baginda mempunyai hak untuk menyatakan sebarang pandangan berkenaan isu tersebut.

Pengkhianat Pulau Batu Puteh wajar dikenakan tindakan undang-undang - Onn Hafiz
Kerajaan Johor mahu tindakan undang-undang diambil ke atas pengkhianat yang menyebabkan negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Batu Puteh.

Perhimpunan jalanan bukan penyelesaian - Sultan Johor
"Ini bukan cara negara kita... tiada yang menang. Semuanya akan rugi."

Hak Sultan Johor untuk beri pandangan - Muhyiddin
Kerajaan Persekutuan guna pertimbangan tertentu dalam menentukan sesuatu keputusan selain kepelbagaian tuntutan yang dibuat oleh negeri-negeri.

Sultan Johor perkenan Tunku Ismail terus terajui JDT
Titah baginda, ia bagi memastikan sukan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa terus dimartabatkan.

Sultan Ibrahim kecewa, Johor seolah-olah dianaktiri
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar kerajaan persekutuan memberikan peruntukan yang lebih terhadap Johor yang telah menyumbangkan hasil hampir RM13 bilion setiap tahun.

Sultan Ibrahim terima laporan, taklimat isu Pulau Batu Puteh
Laporan dan taklimat dipersembahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Pengerusi Pasukan Petugas Khas.

Sultan Johor bangga anak kelahiran muar dilantik Timbalan Ketua Juruteknologi Nasa
Sultan Ibrahim bertitah pencapaian membanggakan wanita itu telah mengharumkan nama Johor di peringkat antarabangsa.

Pengurniaan darjah kebesaran akrabkan hubungan Johor, Singapura
Ia juga dijangka merancakkan lagi ekonomi Johor dan Singapura memandangkan sempadan negara di Tambak Johor sudah dibuka selepas lama ditutup akibat COVID-19.

Sultan Johor kurnia darjah kebesaran tertinggi kepada PM Singapura
Sultan Ibrahim bertitah pengurniaan itu terus mengukuhkan hubungan persahabatan erat Johor dan Singapura yang terjalin sekian lama.