awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus kilang proses batu kapur berdepan denda RM1 juta kerana seleweng 12,000 liter minyak diesel

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
16/08/2023
01:30 MYT
Pengurus kilang proses batu kapur berdepan denda RM1 juta kerana seleweng 12,000 liter minyak diesel
Pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melakukan pemeriksaan bagi mengekang aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan minyak diesel.
IPOH: Seorang pengurus tapak di sebuah kilang memproses batu kapur di Taman Perindustrian Keramat Pulai, Simpang Pulai, dekat sini, bakal berdepan denda RM1 juta selepas disyaki melakukan aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan minyak diesel, pada Selasa.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, penahanan lelaki berusia 58 tahun itu dibuat semasa sepasukan pegawai dan anggotanya melaksanakan ‘Ops Tiris’ di lokasi berkenaan pada jam 12.10 tengah hari.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati, dianggarkan sebanyak 12,000 liter cecair disyaki minyak diesel berada di dalam sebuah tangki skid di kawasan kilang berkenaan.
“Ketika pemeriksaan, seorang lelaki tempatan yang mengaku sebagai pengurus tapak gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit barang kawalan berjadual minyak diesel apabila diminta penguat kuasa.
“Sehubungan itu, kesemua barangan barangan seperti dokumen dan cecair yang disyaki minyak diesel dengan anggaran sebanyak 12,000 liter telah disita dan lelaki tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut.
“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM33,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Selain itu, beliau berkata, siasatan lanjut turut dijalankan ke atas syarikat yang membekalkan minyak diesel berkenaan yang disyaki melanggar akta sama iaitu menjual barang kawalan kepada orang atau pihak yang tidak mempunyai kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan Malaysia.
“Jika disabitkan kesalahan individu terlibat, selain dari badan korporat boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau tidak melebihi tiga tahun penjara atau kedua-duanya.
“Manakala bagi mana-mana badan korporat yang melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#pengurus kilang ditahan
#kilang proses batu kapur
#Taman Perindustrian Keramat Pulai
#denda RM1 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan