Tindakan pantas dan berani seorang pengurus restoran kopitiam di Seksyen 15 di sini, membawa kepada penahanan tiga anggota kumpulan pecah masuk restoran dikenali sebagai 'Geng Muniandy Kopitiam' di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, pengurus restoran berkenaan, Ahmad Faizalli Mohamad Abdullah Sani, 30, ternampak seorang lelaki dalam kedaan mencurigakan di hadapan restoran dan setelah diperiksa beliau mendapati terdapat kesan umpil pada pintu restoran itu yang berada dalam keadaan terbuka.
Ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini, Ahmad Faizalli berkata beliau seterusnya ternampak lelaki berkenaan keluar dari restoran dan bertindak mengejar suspek sebelum kemudian terserempak dengan pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan lalu meminta bantuan mereka.
"Ketika itu saya tidak fikirkan hal lain kecuali ingin menangkap lelaki terbabit dan akhirnya lelaki itu berjaya saya tangkap dengan bantuan anggota MPV berkenaan," katanya yang telah bertugas di restoran kopitiam itu selama setahun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata suspek telah ditahan bersama beberapa peralatan pecah rumah, tidak jauh dari lokasi restoran kopitiam berkenaan.
Beliau berkata siasatan seterusnya mendapati terdapat dua lagi rakan suspek menunggu di luar premis berkenaan menaiki sebuah van dan ketika anggota MPV sedang membuat tangkapan ke atas suspek pertama, van rakan suspek telah lalu berhampiran MPV berkenaan.
"Anggota MPV terbabit mendapatkan bantuan daripada pasukan MPV lain yang bertindak mengejar van berkenaan tetapi suspek bertindak memecut laju sehingga membahayakan pengguna jalan raya apabila memandu melawan arus dari Bulatan Perusahaan di Seksyen 16 menghala ke Persiaran Raja Muda di Seksyen 17 di sini.
"Dengan bantuan pasukan MPV dan pasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berdekatan, van berkenaan berjaya dipintas di Jalan Sungai Rasah di Seksyen 16 dan kedua-dua suspek yang menaiki van itu akhirnya berjaya diberkas," katanya dalam sidang media.
Menurut Shafien, siasatan mendapati van itu telah dicuri di kawasan Sri Muda, Seksyen 25 di sini pada 24 Mei lepas dan siasatan seterusnya mendapati ketiga-tiga suspek menjadi buruan polis sejak tiga bulan lepas.
Tambah beliau, kesemua suspek pernah ditangkap bagi kes pecah rumah dan penahanan ketiga-tiga lelaki terbabit berjaya menyelesaikan lima kes pecah masuk restoran kopitiam di sekitar daerah ini.
"Terima kasih kepada pengurus restoran berkenaan serta kepantasan 16 anggota MPV dan URB sehingga berjaya mengelakkan berlakunya kejadian pecah masuk bangunan. Polis sedang menjejaki saki baki anggota geng terbabit dan sedang berusaha mendapatkan semula barangan yang telah dicuri," katanya.
Ketiga-tiga suspek warga tempatan dan berusia 20-an itu kini diremanlima hari bermula hari ini bagi siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2017
Kesemua suspek pernah ditangkap bagi kes pecah rumah dan penahanan ketiga-tiga lelaki terbabit berjaya menyelesaikan lima kes pecah masuk restoran kopitiam di sekitar daerah itu. - Gambar hiasan
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Pengurus kopitiam bantu tumpaskan 'Geng Muniandy Kopitiam'
Tindakan pantas dan berani seorang pengurus restoran kopitiam di Seksyen 15 membawa kepada penahanan tiga anggota kumpulan pecah masuk restoran dikenali sebagai "Geng Muniandy Kopitiam".a
Anggota polis cedera ditikam di Shah Alam
Koperal Mohamad Azli Hashim singgah di stesen minyak selepas menghantar seorang pegawai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Shah Alam.
Wanita bertarung nyawa diikat dalam guni dan dicampak dalam Sungai Klang
Seorang wanita bertarung nyawa hampir setengah jam apabila dipukul dan disumbat ke dalam guni sebelum dicampak ke Sungai Klang.
Geng pecah tabung masjid diberkas
Enam lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam tujuh kes pecah tabung masjid di daerah Shah Alam.
Jangan timbulkan kekecohan pada perlawanan piala Sultan Selangor 2016 - Polis
Polis memberi amaran keras kepada penonton perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 2016 di Stadium Shah Alam malam ini supaya tidak menimbulkan kekecohan atau membakar suar.