awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus syarikat kereta terpakai di Taman Midah cedera ditembak di pipi

Bernama
Bernama
30/09/2014
00:23 MYT
Pengurus syarikat kereta terpakai di Taman Midah cedera ditembak di pipi
polis kini menyiasat motif kejadian dan sedang meneliti kamera litar tertutup di kedai itu.
Seorang pengurus syarikat menjual kereta terpakai cedera ditembak di pipi kiri oleh seorang lelaki di pejabatnya di Taman Midah, Jalan Cheras di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras ACP Abd Rahim Hamzah Othman berkata dalam kejadian pukul 4.42 petang itu, empat lelaki datang ke kedai berkenaan menaiki kereta Nissan Sylphy, dipercayai dicuri, dan menutup muka masing-masing dengan memakai topeng ski.
Beliau berkata tiga daripada suspek kemudian naik ke pejabat mangsa, yang merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun, di tingkat satu sebelum bertindak menyerbu masuk ke bilik mangsa.
"Berlaku pergelutan antara pengurus kedai itu apabila dia cuba menahan pintu biliknya daripada dibuka dan dimasuki suspek.
"Selepas pengurus itu ditolak jatuh, seorang suspek melepaskan dua das tembakan mengenai pipi kiri mangsa sehingga tembus ke bahagian bawah telinga kiri," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata selepas kira-kira dua minit, suspek melarikan diri bersama sebuah fail yang diambil dari meja mangsa.
Semasa kejadian, terdapat enam pekerja di kedai berkenaan.
Abd Rahim berkata mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini dilaporkan stabil. Beliau berkata hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, polis menemui dua butir peluru dan dua pucuk pistol dengan satu daripadanya palsu.
Katanya, polis kini menyiasat motif kejadian dan sedang meneliti kamera litar tertutup di kedai itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#bunuh
#polis
#Rahim Hamzah Othman
#Taman Midah
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan